Sunday, January 30, 2011

Perpisahan Itu Pasti Berlaku

Entri ini ditulis setelah membaca blog mereka, mereka, dan mereka ini tentang perpisahan yang berlaku antara mereka dan kawan-kawan mereka yang lain. dan teruslah aku teringat tentang hal-hal perpisahan antara aku dan mereka di sekeliling aku lantas tercetus untuk membuat satu entri khas berkaitan hal ni.

Hidup ni memang tak lari dari perpisahan. Selalunya kita taknak pun perpisahan tu berlaku, tapi, perpisahan tu tetap berlaku. There's nothing we can do about it because it's nature, and it's a part of life. dan memang perpisahan itu adalah adat manusia.

Dari zaman-zaman hingusan lagi kita dah terbiasa dengan perpisahan. Tapi, mungkin perpisahan di zaman meningkat remaja dan zaman matang lebih menyakitkan kerana kita lebih berperasaan daripada zaman hingusan. dan mungkin juga perhubungan yang dibina itu lebih bermakna jika dibandingkan dengan zaman hingusan. Not to say that perhubungan dan persahabatan di zaman  hingusan tak bermakna, but you know what I mean. Apalah yang diketahui oleh budak hingusan mengenai perpisahan? 



Zaman hingusan saya. Memori yang memang aku ingat sampai hari ni. Aku tau ramai yang tak berapa ingat kawan-kawan semasa bersekolah rendah, but not me. Maybe ada lah yang aku lupa or yang aku sengaja lupa, but then kebanyakannya aku ingat. and thanks to Facebook, kerja-kerja pencarian rakan sesekolah menjadi senang. dan boleh berjumpa balik, walaupun sudah 14 tahun berpisah. Bukan ke itu adalah seperti the greatest moment yang akan diingat sampai bercucu cicit?



Form 1 sampai Form 3 aku bersekolah di Ipoh. Duduk asmara asrama. Bila Form 4 bertekad mahu bersekolah di Serdang. Walaupun sendiri yang decide untuk menukar sekolah, tapi memang sangat beraaat nak meninggalkan sekolah setelah 3 tahun. It's not easy to meet new people and to adapt new environment. Even though mungkin keputusan dibuat kerana sudah bosan dengan hal-hal yang beraku di persekitaran but still, it's not easy to say goodbye. and of course, goodbye seems to be the hardest word. Things also will never be the same again.



Makin meningkat remaja makin terasa perpisahan itu. Tambah-tambah bila tamatnya zaman universiti, masing-masing membawa haluan masing-masing untuk mengejar cita-cita masing-masing. Semua dah menuju ke arah yang berbeza  dan sangat sukar untuk mengejar semua orang. Walaupun dengan ayat "Aku takkan lupa kau!" atau "Kita tetap kawan sampai bila-bila" tak bermakna semua benda akan jadi seperti yang kita rancangkan. Kita manusia memang merancang, tetapi bagaimana kelancaran rancangan kita itu bukan kita yang menentukan. dan sebagai manusia, kita perlu menerima apa yang bakal terjadi dengan hati yang terbuka, whether we like it or not! 

Walau serapat manapun kita pada sesuatu masa, kita mesti sedar: There will be time yang semua ni akan berubah. and walaupun benda tu menyakitkan tapi benda tu yang akan menjadikan kita menghargai mereka di sekeliling kita. and make us realize that dalam dunia ni tak ada yang kekal.



...dan semestinya perpisahan yang paling menyakitkan adalah kematian. Tapi, kematian adalah pasti dan lagi menyakitkan kerana kita tak tau bila ianya akan terjadi. dan kita tak tau siapa di antara kita yang lebih dulu meninggalkan kita. mungkin juga kita dulu yang meninggalkan mereka? Wallahualam...

Jadi, kesimpulannya di sini hargailah orang-orang di sekeliling anda kerana anda tak tau berapa lama masa yang anda ada untuk berada di samping mereka. Anda cuma tau perpisahan itu akan berlaku, tetapi bagaimanakan perpisahan itu akan berlaku dan bilakah perpisahan itu akan berlaku hanya Dia yang mengetahui.

Renung-renungkan.


by,
Aimi A.Z yang mengambil masa yang sangat lama untuk menghasilakn entri ini...

Thursday, January 27, 2011

Air Asia di Hati Saya!

Kenapa Air Asia ada di hati saya?

Kerana di suatu hari yang hening, di mana saya tidak mengharapkan apa-apa dari Air Asia, datanglah 8 email daripada "noreplyvouchers" meminta saya untuk claim voucher daripada Air Asia. Tidak sedetik pun terlintas tentang penipuan di Internet lantas saya terus mengclaimed voucher yang dimaksudkan. dan hasilnya 7 voucher yang berharga RM200 setiap satunya telah berjaya saya claimed dan it really made my day even though satu voucher telah terburn hasil daripada ceteknya pengetahuan untuk mengclaimed voucher. Apa pun RM1400, diulangi RM1400 voucher telah menjadi milik saya. Yay~


Email yang saya terima dari "noreplyvouchers"


Bagaimana untuk mendapatkan voucher Air Asia?

Soalan itu, tidak mampu saya jawab. Mungkin soalan itu boleh ditanyakan terus kepada Air Asia mahupun Tony Fernandes. Persoalan samada ianya dipilih secara rawak ataupun tidak, saya pun tak tahu jawapannya. Yang pastinya saya takde pun menyertai apa-apa pertandingan untuk mendapatkan voucher. Mungkin sebbab saya ni customer tetap Air Asia makanya Air Asia dengan baik hati dan suka relanya menghadiahkan saya dengan bukan satu, tetapi lapan voucher Air Asia. Ataupun mungkin juga Air Asia memang menyuruh saya balik tiap-tiap bulan melawat kaum keluarga di kampung. Hehe~


 Mungkin sebab saya asyik beli tiket dari Air Asia itulah sebabnya Air Asia bermurah hati


Jadi, sekarang ini tiadalah lain kerja saya dari merancang bila saya mahu pulang ke kampung halaman. Kepada kawan-kawan yang dikasihi, inilah masa yang sesuai untuk anda mengajak saya ke majlis kahwin anda kerana saya pastinya dengan sukarelanya membeli tiket menggunakan vouchers yang saya ada. Kepada Za, Syed & Yati, Fiza & Pokcek, don't worry. Korang punya wedding dah aku beli tiket. InsyaAllah ada rezeki, akan aku sampai ke kenduri korang. *wink*


Kepada anda semua, Sign Up lah dengan Air Asia. Mana tau ada rezeki korang dapat macam aku. Jangan jadi macam housemate aku sekarang yang balik tiap-tiap minggu guna Air Asia tapi tidak pernah mendaftar dengan Air Asia. Jadi merasa sangat menyesal kerana tidak mendaftar Air Asia.


Kepada Air Asia, I you-lah!



by,
Aimi A.Z yang telah berjaya meredeem satu voucher untuk pulang ke kampung halaman...

Trustworthiness

According to R. Williams, Trust is always earned, never given. Tapi, kadang-kadang tempoh masa yang diperlukan untuk mendapatkan kepercayaan itu sangatlah panjang. dan tak semua manusia mampu melalui liku-liku perjalanan untuk mendapatkan kepercayaan itu.

Kepercayaan adalah subjektif yang mempunyai objektif. Ha, macam mana tu? Habislah Cikgu BM marah kat aku dengan kenyataan yang diragui tu. Hehe~ Maksud aku di sini adalah, aspek-aspek kepercayaan itu adalah subjektif. Terdapat banyak aspek kepercayaan yang wujud bergantung kepada setiap individu. Apa yang mereka percaya? Objektifnya pula bergantung kepada aspek kepercayaan itu sendiri. Contoh yang paling senang, Rukun Negara yang pertama. Kepercayaan kepada Tuhan. Objectifnya adalah percaya kewujudan Tuhan dan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. Aspek kepercayaan itu adalah subjektif kerana tak semua individu berfikiran sama. Ada yang tidak percayakan kewujudan Tuhan, maka aspek kepercayaan itu tiada dalam kamus hidup beliau. Begitulah yang aku maksudkan dengan kepercayaan adalah subjektif yang mempunyai objektif. Relevan tak?

Dalam kehidupan sehari-harian pula, kepercayaan antara satu sama lain amatlah penting untuk memastikan segala urusan berjalan dengan lancar. Sekiranya dalam urusan kerja, seorang bos tidak memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada pekerjanya, maka bagaimana kerja yang efektif dapat dijalankan? Ok, mungkin susah untuk seorang bos mempercayai seorang yang sangat muda dan tidak berpengalaman, tapi if there is no chances given, bilakah agaknya kepercayaan itu akan dibina?

Memang susah untuk memberi kepercayaan. Even aku sendiri pun susah untuk mempercayai orang. Tapi aku sangat setuju dengan 3 simple words form Ronald Reagan yakni Trust, but Verify. It's true! If you do not know how to give your 100% trust, then you verify, after you trust. Jadi, hati anda pun akan menjadi lapang sedikit dan lebih mempercayai. Taklah buta-buta je percaya kat orang, at least ada lah back up di kemudian hari.

At the end of the day, what really matter is; Those Who Trust Us, Educate Us. T. S. Elliot memang memberikan conclusion yang sangat tepat untuk isu ini. Makanya, bila orang tak mempercayai kita, bila masanya kita akan menjadi masyarakat yang educated?

Renung-renungkan.



by,
Aimi A.Z yang memilih cara skema untuk menyampaikan topik kali ini. *wink*

Wednesday, January 26, 2011

A Trip to SMK | Part 1

First of all, SMK stands for Sipadan, Mabul and Kapalai. Saya pun tak tau berapa part yang ada, jadi, silalah baca sehingga titisan part yang terakhir.

Alkisah bermulalah perancangan untuk family vacation sekitar bulan Mac tahun 2010. Semua ni mestilah gara-gara promotion Air Asia dengan moto yang paling sedap didengar yakni Now Everyone Can Fly! Jadi, Borneo menjadi pilihan seisi keluarga dan semestinya pilihan itu adalah merupakan pilihan yang paling tepat.

6 out of 8 di LCCT seawal Subuh



Mari mulakan Part 1 dengan persoalan: Apa yang anda perlu tahu semasa merancang untuk bercuti?
  1. Budget | Ini adalah component yang sangat penting untuk bercuti. Seeloknya pastikan ada banyak masa untuk anda mengumpul budget. As for us, kami memilih bulan 1 kerana bulan itu dapat dividen ASB, jadi kami tak payahlah kumpul duit sepanjang tahun, cuma menunggu ASB bagai menunggu bulan jatuh ke riba. and dalam kes ni memang bulan akan jatuh ke riba. Eh, faham tak? Oh, tapi kalau korang memang banyak duit atak mak bapak korang kaya, mungkin korang boleh abaikan komponen ni.
  2. Tujuan | Tujuan bercuti adalah penting untuk menetukan destinasi. Kenal pasti apa aktiviti yang ingin dilakukan. Aktiviti lasak ke, bermain air ke, menikmati udara dan pemandangan ke ataupun bershopping? Untuk kami, kami pilih bermain air yakni bersnorkeling, berdiving (sorang je!) dan bermandi manda. Jadi untuk tujuan kami tu, kami senaraikan pulau-pulau di Malaysia yang menjadi idaman, dan pemenangnya adalah Pulau SMK. dan pilihan ini juga tertakluk kepada budget anda.

Jadi, bila dua (2) komponen ini telah berjaya dicapai, anda pun akan dapat memilih tempat untuk bercuti. Baru dapat tempat, banyak lagi perkara yang perlu anda tau selepas mendapat tempat. Jadi, kita berjumpa di episod akan datang yang entah bila akan ditayangkan. Sekian.


by,
Aimi A.Z yang teringat pulak kat Qi Qushairi (Destinasi Budget/Blogger Boy). Eh, dia bercinta dengan Yuna? Huh~

Tuesday, January 25, 2011

It's A Party!

First of all, I know I failed the test! Ujian untuk menentukan samada saya ni blogger sejati, and turns out I'm not. Gembira jugak untuk tau hal tu Ceh, padahal...? Jadi, kita teruskan dengan hal-hal seharian sebaggai seorang Aimi A.Z.

Currently, I'm organizing a party. Bukanlah currently sangat but baru je terbincang topik ni masa dinner tadi and partynya adalah pada lusa hari. So, segala persiapan adalah pada esok hari. Tapi, since ini adalah cuma farewell party segala kecil-kecilan maka task ini mungkin diulangi: MUNGKIN sangat senang sekali. and I'm glad to organize such an event. Even tho' it is a VERY small event. So, wish me luck! Kecoh kan, ni pun nak kena wish luck. Hehe~

Actually, farewell party ni adalah untuk seorang colleague yang akan blah dari company ni unntuk mencari pengalaman baru. Walaupun sangat sekejap kenal dengan dia, tapi tetap  terasa bila ada yang nak blah. Pulak tu orang kuat di Sini pulak tu. Tapi, that's life. Setiap yang bertemu, pasti akan berpisah. So, everybody has to deal with it whether they like it or not.



Nanti saya akan cerita keberjayaan party tu beserta dengan gambar, kalau ada yang menarik ye? Till then. 


by,
Aimi A.Z yang banyak hutang cerita di blog. Sabar ye kengkawan, saya agak busy dan malas sekarang ni. :P

Friday, January 21, 2011

30 Things in 30 Days Blog Challenge

Kecoh gila bila Cik Epal yang femes tu buat entri tentang 30 things in 30 days blog challenge ni. Bila saya membuat sedikit kajian, rupanya hal ini telah tersebar seawal 2009 lagi, cuma antara tau ataupun tak je. As for me, saya pun baru tau dan merasakan yang idea ini sangat bernas sekali especially kepada mereka yang sering kekeringan idea ataupun untuk mereka yang don't know what to write. Kira ini sebagai guideline kepada bloggers lah. Anyway, here are the list.

Day 1 : Your Favorite Song

Day 2 : Your Favorite Movie

Day 3 : Your Idea for Perfect First Date

Day 4 : Your Favorite Photograph of Your Best Friend

Day 5 : A Picture of Something You Want To Do Before You Die

Day 6 : A Photo of an Animal You'd Love to keep as a Pet

Day 7 : Your Dream Wedding

Day 8 : A Song That Match Your Mood

Day 9 : A Photo of the Item You Last Purchased

Day 10 : A Photo of Your Favourite Place to Eat

Day 11 : What's In Your Make Up Bag?

Day 12 : Your Current Relationship, If Single Discuss How Single Life Is

Day 13 : A Picture of Your Favourite Band or Artist

Day 14 : A TV Show That You're currently Addicted To

Day 15 : Something That You Don't Leave the House Without

Day 16 : A Picture Of Someone Who Inspires You

Day 17 : How You Hope Your Future Will Be

Day 18 : 5 Things That Irritate Me about Opposite/ Same Sex

Day 19 : A Picture of Something You Want To Do Before You Die

Day 20 : The Meaning behind Your Blog Name

Day 21 : A Photo of Something That Makes You Happy

Day 22 : A Letter to Someone Who Hurt You Recently

Day 23 : 15 Facts about You

Day 24 : A Photo of Something That Means A Lot To You

Day 25 : Who Are You ?

Day 26 : A Photo of Somewhere You Want To Go

Day 27 : What Kind Of Person Attracts You?

Day 28 : In This Past Month, What Have You Learn?

Day 29 : Something That You Could Never Get Tired Of Doing

Day 30 : A Photograph of Yourself Today &Amp; Three Good Things That Happened In the Past 30 Days.


Persoalannya, adakah saya mampu mengupdate blog setiap hari selama 30 hari? Sama-sama kita nantikan. Haha~ Entri pasal Sipadan pun masih berhutang ada hati nak tulis tentang 30 perkara lain? Ish3x...


by,
Aimi A.Z yang rasa nak mula dari tajuk yang disukai dulu, boleh? Haha~

Saturday, January 15, 2011

Berita dari Sabah

Saya dapat tangkap ikan besar, tak percaya? Nah, tengok bukti:


Jadi, sekarang dah percaya? Ngehngeh


by,
Aimi A.Z yang dapat tangkap ikan besaaaar. Gila ar!

Saya Mungkin Sedang Busy...

...bersnorkeling,



dan bermain dengan ikan-ikan di laut.


Jadi, saya dah sediakan entri untuk anda semua supaya anda tak merindui saya dan tak tertanya-tanya, "Apalah yang Aimi tengah buat agaknya kan?" Hahaha~ Oh, saya tau saya memang gedik. Tapi, kalau bukan kerana anda memang sudah biasa dan lali dengan kegedikan saya, tiadalah anda terhegeh-hegeh untuk mengecheck new updates dari saya kan? Jadi, terima jelah kegedikan saya seadanya. *wink*


by,
Aimi A.Z yang terlalu excited sampai tak boleh tidur itulah sebabnya sempat membuat schedule entry ini...

Thursday, January 13, 2011

Island Getaway

Bye semorang! Kami nak pergi vacation. Nanti kami cerita macam mana vacation kami, ye? Korang jangan rindu-rinduan kat kami, sebab kami pergi tak lama, empat hari je. Till then, bye-bye.


by,
Aimi A.Z yang bakal memulakan operasi naik turun belon bermula malam ini....

Tuesday, January 11, 2011

Cabaran Seorang Jurutera

Nama aku Aimi. Langkah saya bermula untuk menjadi jurutera sejak Tingkatan 4 lagi apabila saya mengambil Lukisan Kejuruteraan sebagai salah satu subjek saya. Sejak dari itu, saya menanamkan niat untuk menjadi seorang jurutera wanita yang berjaya dan seterusnya dikenali di serata dunia kerana kehebatan saya sebagai jurutera.

Saya memulakan kerjaya saya sebagai jurutera sebaik sahaja saya berjaya menggenggam segulung ijazah. Saya bermula di design office sebagai design engineer. Sebagai seorang jurutera yang baru melangkah keluar dari universiti, semestinya saya tiada bekalan ilmu selain daripada yang dibekalkan di universiti. Ilmu-ilmu di universiti kebanyakannya adalah teori dan berpandukan daripada buku semata-mata, berbeza dengan alam pekerjaan yang memerlukan kemahiran teknikal dan critical thinking sebagai seorang jurutera. Saya perlu banyak belajar daipada Sang Senior dan saya sangat bersyukur kerana mempunyai Sang Senior yang sangat pemurah dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya.

Cabaran saya di design office apabila hendak memberi kerja kepada draftsperson saya. Kepada mereka yang kurang tahu dengan selok belok kerjaya sebagai seorang design engineerdraftsperson adalah orang di bawah jurutera yang akan melukis balik apa yang disuruh oleh jurutera. Jurutera akan memberitahu butir-butir apa yang perlu dilukis dan draftsperson akan merealisasikan apa yang diminta. Untuk kes saya, draftsperson saya adalah orang yang mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang drafting. Sudah tentulah saya yang baru-keluar-dari-universiti ini sangat-sangat dipandang rendah. Sehinggakan ada masa-masanya, Sang Draftsperson akan menolak mentak-mentah kerja yang saya berikan. Mungkin kerana alasan tidak boleh menerima kerja daripada mereka yang muda dan tiada pengalaman seperti saya. Tetapi, hari-hari mendatang mengajar saya cara untuk memastikan mereka membuat kerja yang saya berikan kerana saya adalah jurutera, dan jurutera berhak menyuruh draftsperson melaksanakan kerja yang diberi.

Setelah tiga tahun bekerja dalam design office, saya memutuskan untuk beralih arah. Saya mahu berkecimpung di tapak (baca: site). Saya mahu melihat rupa sebenar apa yang saya lukis di pelan. Saya mahu mengembangkan karier saya dan cita-cita saya untuk menjadi jurutera yang berjaya. Saya menjadi Project Management Consultant (PMC) yang menguruskan hal-hal di tapak dan menguruskan consultant, contractor dan mereka yang lain. Di sini bermulanya cabaran yang lebih besar tetapi dengan konsep yang agak sama semasa di design office yakni konsep tidak-boleh-menerima-pendapat-daripada-mereka-yang-muda-dan-tiada-pengalaman.


Bila jurutera seperti ini yang turun ke site dan memberitahu apa yang betul, dan apa yang tak betul adakah anda akan mengikut arahan yang diberikan?


Selain contractor dan consultant, saya perlu menguruskan technican saya. Di sini technician saya adalah lelaki berumur lima puluh tujuh tahun yang semestinya mempunyai pengalaman yang sangat banyak. Saya sebagai jurutera yang mempunyai kosong tahun pengalaman di tapak sekaligus menjadikan saya seakan fresh graduate walaupun mempunyai tiga tahun pengalaman di design office. Jadi cabaran semasa di design office berulang kembali di mana Sang Technician mempunyai pandangan sendiri dan tidak langsung mendengar pandangan saya sebagai seorang jurutera. Sang Technician juga sangat berlembut dengan contractor menjadikan saya susah untuk bertegas walaupun saya mempunyai kuasa yang lebih sebagai seorang jurutera. Ketegasan saya sebagai seorang jurutera dipertikaikan oleh Sang Technician mungkin dengan alasan apalah-yang-budak-ni-tahu tentang segala perkara. 

Saya mengaku memang saya tidak banyak tahu tapi saya adalah seorang yang boleh belajar. Saya boleh merekodkan apa yang saya nampak dengan mata kasar dan apa yang tak nampak dengan mata kasar, tetapi Sang Tecnician berikiran sebaliknya. Mentality Sang Technician adalah, apa yang tak nampak dek mata kasar akan dinampak juga nanti and for time being just sign the damn report! Jadi saya tersepit antara yang benar dan apa yang salah, apa yang ada dan apa yang tak ada, dan apa yang terjadi dengan apa yang dicakap oleh Sang Technician. Saya mahu menjaga hubungan baik dengan Sang Technician kerana Sang Technician adalah rujukan saya tetapi dalam masa yang sama saya mahu menjaga kredibiliti saya sebagai seorang jurutera.

Jadi, kesimpulannya di sini, bukan senang untuk menjadi seorang jurutera. Pelbagai cabaran yang mendatang tetapi diharapkan masa akan memulihkan segala-galanya dan diharap kesabaran sangat menggunung untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.


by,
Aimi A.Z yang merupakan seorang jurutera...

Sunday, January 09, 2011

Masanya Hampir Tiba...

...untuk ke Sipadan!

Gambar dicurik dari FB KakLala


Hampir setahun menunggu tibanya masa ni. Lastnya sampai jugak masa yang ditunggu-tunggu ni. Ni semua gara-gara tiket murah AirAsia. Pantang ada tiket murah, mula membuat plan untuk cuti-cuti Malaysia mahupun obersea. Sehingga sekarang saya dah ada 2 pending vacation (termasuk Sipadan) dan 2 return tiket ke KUL daripada SBW. Ish3x.... Jadi kalau korang nak ajak aku vacation or nak ajak aku pergi kenduri kahwin korang, sila bitau awal-awal supaya aku dapat beli tiket yang murah. Kalau tiket mahal I mintak maaplah banyak-banyak. *wink*


Tengok, dari bulan March tiket ke Sipadan dah dibeli


Jadi, aktiviti untuk minggu ni adalah bershopping untuk vacation. Alamak! *cek dalam purse berapa keping duit tinggal* Ada orang mahu sponsor? Hehe~


by,
Aimi A.Z yang baru nak tulis To-Buy-List...

Saturday, January 08, 2011

10 Things To Do On Weekend

Bosan dengan aktiviti seperti menonton wayang dan berwindow shopping dan makan dan pergi kenduri kendara pada hujung minggu dan bersusah-payah mengGoogle untuk mencari aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama rakan-rakan dan keluarga? Ha, Google membawa anda kepada link yang betul kerana di sinilah saya akan memberitahu 10 perkara yang anda boleh lakukan pada hujung minggu. Amacam intro aku? Ada macam salesman yang tengah menjual produk-apa-pun-taktau. Hehe~ Anyway, inilah perkara-perkara yang korang boleh lakukan pada hujung minggu;


#1: Bermain Paintball



#2: Menunggang ATV



#3: Berkaraoke



#4: Melompat di Padang Hijau



#5: Bermain di persisiran pantai Port Dickson




#6: Bermandi-manda di sungai



#7: Bermain Layang-layang




#8: Pergi ke Bukit Jugra melihat orang bermain Paragliding




#9: BerBBQ



#10: Wall Climbing



...and here goes the bad news. Kalau anda di Sibu, anda duduk jelah diam-diam kat rumah. Tak payah nak berangan nak buat aktiviti-aktiviti sebegitu. Even if ada pun tempat-tempat sebegitu, anda ada ke kaum keluarga dan sahabat handai untuk dibawa bersama? Renung-renungkan dan selamat beramal.


by,
Aimi A.Z yang aktiviti pada hari ini adalah membeli belah di pasar dan pasaraya. Uwaaa~

Wednesday, January 05, 2011

Macam Mana Nak Terima Orang Baru Dalam Hidup Ni?

Bersama Prof. Aimi, Pakar Motivasi anda membincangkan topik yang sungguh hangat ini. *Prof. kunun. Ceh!*


Topik ini tiada kaitan dengan isu orang baru di dalam perkahwinan mahupun orang baru yang dikandung. Topik-topik itu sangat berat untuk dibincangkan oleh Prof. Aimi yang tak bertauliah. Ini adalah mengenai orang yang baru kita berjumpa di tempat kerja ataupun tempat belajar mahupun orang yang baru dijadikan kawan dan juga housemate.


Dibesarkan dan disosialkan dengan cara yang berbeza dengan latar belakang yang berbeza menyukarkan lagi keadaan. Masa belajar di UiTM, perkongsian rumah sewa bersama rakan-rakan taklah sesusah mana kerana kami disosialkan di UiTM. Jadi, walaupun latar belakang keluarga sedikit berbeza tapi kami boleh mengadjust keadaan sebab kami disosialkan di Shah Alam dan berkongsi kebanyakan rakan yang sama. Tahap kesosialan juga sama, tiada yang terlebih, tiada yang terkurang. Jadi sangat senang mau diblend in.


Lain pulak keadaannya sekarang. Di sini yakni di negeri orang. Kami mempunyai latar belakang yang sangat berbeza, mempunya tahap kesosialan yang memang berbeza dan semestinya mempunyai nothing in common. Oklah, bukanlah  nothing, tapi sangat sikit persamaan especially size badan. Kami telah disosialkan di tempat yang berlainan tetapi kami di sini untuk dimatangkan. Maka, bukan ke susah untuk menyesuaikan diri? Actually, I'm the type yang sangat senang nak adapt dengan keadaan sekeliling but this time rasa macam susah sikit. Maybe masa yang akan menentukan. Just be patient and accept people just the way they are. and by the way, antara kami bertiga I'm the average type. At least saya rasa macam tu.


exHousemate saya.
(dua sudah bergelar ibu. dua bakal berkahwin pada tahun ini. dua adalah single dan ready to mingle)


eh, tetibe teringat zaman-zaman bersama exHousemate. Banyak benda suka duka yang jadi. dan of course lebih banyak suka daripada duka. Bagun pagi semua dah tau time masing-masing untuk mandi, then berkejar-kejaran mengejar bas. Dah lah ada satu bilik tu memang hari-hari pun lambat. Bilik manalah tu, kan? Then, pergi kelas bersama-sama then bila balik tapau makanan atau kalau hari Rabu siap-siap beli bahan basah untuk dimasak. Kadang-kadang bergotong-royong memasak sambil tengok cartoon dari TV kecik. Lepas makan, ada yang sambung tengok TV dan melayan internet tapi ada yang terus pergi belajar dan membuat kerja rumah. Oh, I really miss those days! but of course, things will never be the same again.


Jadi, diharapkan saya menerima housemate baru saya seadanya sepertimana saya mengharapkan mereka menerima saya seadanya. Mungkin suatu hari nanti kami bertiga sudah tidak terlalu berbeza tapi diharapkan perubahan itu adalah perubahan yang positif, bukan yang sebaliknya. InsyaAllah...


by,
Aimi A.Z yang takde kamera untuk menunjukkan gambar rumah sewa baru kepada seluruh dunia. *ngehngeh*

Tuesday, January 04, 2011

Bila Dah Besar Panjang,

dah tau yang mana baik yang mana buruk, jadi fikirlah sendiri.

Tak kuasa den nak menegurnya.

Suka hati kau lah labu.


by,
Aimi A.Z yang nak jugak mengadu kat blog walaupun boleh mengadu kat Twitter. Hehe~

Sunday, January 02, 2011

Sembilan Pintu Rezeki Adalah Daripada Perniagaan

Jadi, tunggu apa lagi? Tambahkanlah rezeki anda dengan berniaga. Macam kawan-kawanku ini yang dah mula menjalankan bisnes secara online. Fuyoo... Dengarnya stok habis sebelum sempat dijual secara online. Ok sangat lah tu, rezeki bakal pengantin agaknya. Hehe~


Merak Collections


DISCLAIMER | Ini adalah entri tak berbayar. Belanja aku nasi minyak cukuplah ye? Hehe~


Jom kita tengok apa yang mereka jual yang laku sangat macam pisang goreng panas tu. Untuk permulaan ni (I guess!) mereka menjual Baju Wanita dan Baju Kanak-kanak. Mungkin suatu hari diorang akan mengembangkan bisnes dengan menjual baju lelaki pulak. Jadi kepada lelaki-lelaki, jangan risau, suatu hari akan tiba. Haha! So, ini adalah contoh baju-baju yang dijual di blog mereka;


Baju Wanita. Semua adalah RM50. Size aku, macam takde je. *wink*

Alorlorlor~ Baju kekanak.  Sangat comel. Murah pulak tu. Harga Rm15 - RM18 je.


Eh, lupa pulak nak memperkenalkan siapa "diorang" yakni tuan empunya kedai. Walaupun korang rasa tak berapa penting untuk tahu tuan empunya kedai, tapi aku tak kira! Aku nak kenalkan jugak. Jadi setelah mencari gambar di dalam hard disk aku, ini adalah gambar yang terpilih. Perkenalkan;


Mereka yang bergelar tuan kedai dan juga merupakan bakal pengantin. Oops!


Jadi, kepada anda semua, silalah melawat Merak Collections, nescaya anda tak akan menyesal. Eh, mungkin anda akan menyesal sebab banyak stok yang telah kehabisan sebelum sempat anda mengorder. Jadi, cepat-cepat sebelum menyesal.

Kepada tuan-tuan kedai, sila tambah stok anda sebelum mendapat complaint daripada customer. Btw, customer kan always right, especially customer bernama Aimi. Haha~ Anyway, good luck. Semoga bisnes bertambah maju dan terus berkembang dan bolehlah open table. *wink*


by,
Aimi A.Z yang nak promote blog lain pulak lah, macam best pulak, haha~

Saturday, January 01, 2011

Mengabaikan dan Diabaikan

Blog ni telah diabaikan dan akulah orang yang bertanggungjawab mengabaikan blog ini. Sebenarnya banyak sangat cerita, tapi entahlah kenapa setiap kali menaip bibit-bibit perkataan pasti butang Publish Post tidak sempat ditekan. Mungkin terasa corak penceritaan yang bosan yang semestinya akan membosankan para pembaca. dan tak tahu bila masanya aku kisah tentang membosankan para pembaca kerana tak pernah tak bosan pun kan? Hahaha~ btw, biar aku simpulkan satu persatu tentang apa yang ingin aku blog selama blog ini diabaikan.

AMARAN : Entri ini mungkin menjadi sangat panjang dan membosankan. Jadi, sila bersedia mentally dan physically. Ngehngeh.


9 Disember 2010 | Lima Puluh Empat

Encik Abah genap lima puluh empat tahun. Hari dimulakan dengan surprise cake daripada Puan Umi di office. Pertama kali sepanjang 28 tahun perkahwinan. Malam semestinya family dinner dan tambah memeriahkan majlis adalah Encik Cousin seisi keluarga. Selepas dinner adalah supper di Pappa Rich yang sangat dijealous oleh Cik KakLong kerana bekerja di KT. Tapi sekarang aku pulak yang tak dapat nak join aktiviti family kerana Sibu lagi jauh dari KT. Maka, hanya boleh melihat gambar dari kejauhan. Tu pun kalau diorang upload gambar lah. Ceh!


Encik AZ semasa berumur lima puluh empat tahun

Mereka yang terlibat untuk memeriahkan majlis

Supper di Pappa Rich disponsor oleh Encik Cousin



21 Disember 2010 | Dua Puluh Enam

Dua puluh enam tahun aku hidup di dunia ini, dikurniakan tubuh badan yang sihat, dikelilingi oleh kaum keluarga dan sahabat handai, belajar mengenal erti hidup di negeri sendiri. Kini, selepas dua puluh enam tahun, aku diberi peluang untuk belajar erti hidup berdikari di tempat orang. Tanpa dikelilingi mereka yang selama ini menjaga dan mengambil berat entang diri aku, yang hanya boleh menolong diri aku adalah aku sendiri dan semestinya Allah. Semoga aku berjaya melalui cabaran di tempat orang dan semoga aku berjaya mengutip hujan emas sebelum kembali ke negeri hujan batu. Happy birthday, Aimi!


Percaya tak budak ni telah membesar dan memBESAR menjadi gadis berumur 26 tahun


23 Disember 2010 | Cabaran yang Memerlukan Kesabaran (bak kata Cik Non)

Baru beberapa hari di tempat baru, banyak cabaran yang mendatang. Cabaran mendatang dari pelbagai sudut. Dari segi kerja, dari segi hidup di negeri orang, dari segi orang sekeliling yang baru. Semuanya datang sekaligus dan aku harus cepat untuk mengadapt dan mengabsorb semua perkara. Tapi, bukan senang nak menghadapi semua cabaran dengan sabar, cuma berharap akan diberi kesabaran yang tinggi dan dapat melalui semua ini dengan hati yang terbuka. Bukan senang nak hidup kat negeri orang, woi. Fikir duit Aimi, fikir duit. Ish3x, memang mata duitan. 


24 Disember 2010 | Usaha Tidak Mendatangkan Hasil

Mungkin usaha sebenarnya tidak seberapa, maka hasilnya susah nak keluar. Jadi, saya redha! Saya redha saya tidak dapat menghabiskan master saya dalam tahun ini atas sebab-sebab teknikal. Sila jangan tanya apa sebab-sebab teknikal itu kerana nanti saya sedih. :( Cukuplah anda tahu yang saya masih perlu meneruskan perjuangan membuat thesis dan akan grad bersama Encik Syed, Cik Yati dan juga Cik Najmah. Eh, Cik Non, jomlah grad sama. :P


31 Disember 2010 | Can't Believe I Hate Weekends!

For the first time of my life, saya benci hujung minggu. Why? Sebab hujung minggu adalah masa berseorangan dan keseorangan. My house-mate balik tiap2 minggu dan saya nak balik tiap2 minggu tapi nanti habislah pulak hujan emas yang dikutip. Jadi, duduklah saya keseorangan tanpa keluarga dan kawan. Adoi! Takde siapa ke nak datang Sibu temankan saya di sini, or masanya telah tiba untuk saya mencari boyfriend di Sibu. Oops!


1 Januari 2010 | Adik-adik Kekmi Bertambah Bilangannya

Pagi-pagi dah dapat berita kelahiran baby girl Zue and Farid. Pandai sangat anak diorang ni pilih tarikh. 1.1.11. Memang senang nak ingat, jadi mesti senang nak claim hadiah setiap tahun. Macam mana lah rupanya anak diorang ni, macam bapak nya or macam mak nya? Tak kisahlah rupa macam siapa pun yang pasti lambat lagilah baru aku boleh jumpa anak korang. Lepas ni Irsalina ada kawan main masak-masak. Kan Irsalina, kan? Lepas ni giliran siapa pulak beranak? Hehe~


Cuba bayangkan rupa anak mereka berdasarkan gambar yang dicuri dari Facebook Farid ni. *jangan marah ye*


Itulah serba sebanyak sedikit cerita yang menjadi Draft di dalam blog aku selama blog ini terabai. Ada yang tak sempat masuk Draft pun sebab aku hanya draft dalam otak aku je. Jadi, harap entri kali ni menebus semua pengabaian aku terhadap blog ini dan nothing else yang aku nak cakap untuk menutup entri ini selain daripada,


Happy New Year 2011
Semoga berjaya memenuhi azam!


by,
Aimi A.Z yang tak sempat nak fikir azam 2011...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin