Saturday, February 26, 2011

Hikarimoji Lights Graffiiti

Bila tiba-tiba ter"tengok" Majalah Tiga di malam minggu sambil berbroadband, dapatlah info yang sangat menarik tentang Hikarimoji Lights Graffiti. Gila kagum dengan diorang ni terus terasa mahu share dengan korang yang tak tengok Majalah 3. Aku tau korang tak tengok Majalah 3 kan? Hehe~

Graffiti.

Mesti semua orang tau kan? Tapi kalau Lights + Graffiti + Photography? Itulah Hikarimoji Lights Graffiti. Sila tengok gambar yang mengkagumkan di bawah. dan ya, pencahayaan itu adalah ilusi semata-mata.





Kagum kan, kan? Kalau korang tak kagum pun, aku sangatlaaaaaaaaah kagum. Semua gambar ni aku curi dari Facebook Fanpage diorang. Kalau still tak puas lagi, boleh pergi kat blog diorang untuk gambar lagi. Sangat kreatif dan sangat sabar dalam menjayakan misi diorang. Bravo weh. Korang memang cool dan superb dan kreatif. Sama kreatif macam kitorang,


Yelah, yelah. Korang lagi kreatif lah, tapi kitorang pun dah hampir kreatif, kan? Kan? Takpelah, raya tahun ni kitorang cuba lagi dengan gaya yang lebih menarik, dan kamera yang lebih canggih. Tungguuuuuuuu....


by,
Aimi A.Z yang taknak kalah jugak dengan Hikarimoji Lights Graffiti walaupun hakikatnya semorang pun tau...

Review | Iman Hijaabi

Sebenarnya aku ni malas nak review blog orang ni, tapi diminta oleh tuan punya blog untuk memperbaiki blognya maka aku turutkan jugak. *wink*




Iman, ni komen-komen aku tentang blog ko. Jangan salahkan aku sebab jujur sangat tau, ko yang nak tau sangat, aku bitaulah. Hehe~

  1. Banyak sangat benda nak ditengok dan diklik. Banyak link. Urgh! I don't like it.
  2. Banyak column. Column kedua tu aku rasa tak perlu pun. Macam menyemak dan menyibuk je. Huhu~
  3. Gambar tudung-tudung tu kecik sangat. Tak puas I nak tengok. Even though gambar boleh dibesarkan, but then I have to klik all those pictures. So, macam comment No. 1, I don't like it.
  4. You Tube's video yang AutoPlay really annoys me. Shut up lah weh. I don't want to know how to wear it, I just want to buy it! Tambah-tambah dengan broadband connection yang macam hampeh lagilah melambatkan keseluruhan proses.
Itulah komen-komen yang sangat pedas daripada aku. But still, itu adalah apa yang aku rasa. Mungkin aku yang tak pandai macam mana cara sebenarnya untuk membaca blog ko. Btw, your shawl collection sangat gorgeous. So, keep up the good work!


P/S: Lepas baca comment aku ni mesti ko dah tak rasa I'm the best kan? Hehe~



by,
Aimi A.Z yang nilah sebabnya tak suka nak comment ni, sebab nanti tak reti nak tapis...

Wednesday, February 23, 2011

Suatu Masa Dulu


Suatu masa dulu,
Status kami adalah sama.

Kini,
Ada antara kami sudah berkahwin,
Ada juga yang bakal berkahwin,
dan selebihnya masih terumbang ambing.

Diharapkan ada sinar harapan,
untuk kami semua berbahagia di dunia dan di akhirat.

Yang pastinya,
Dulu dan kini adalah berbeza.


Aimi A.Z

Tuesday, February 22, 2011

Kerja Kahwin di Terengganu

Maaflah untuk kelambatan entri ini. Aku tau dah lama aku janji mahu cerita tentang kerja kahwin di Terengganu ni tapi banyak halangan dan alasan yang mengganggu. dan aku jugak tau yang banyak janji-janji yang aku taburkan untuk memblog, tapi semua janji tinggal janji. Oleh kerana manusia ni sepatutnya berpegang pada janji, maka aku pun menunaikan salah satu janji yang telah aku "ter"janji.

Pasangan yang bertuah ini adalah pasangan Za & Sham. Aku pernah cerita pasal pasangan ni di sini. Pasangan ni pun mempunyai cara pertemuan yang unik tapi let's not elaborate on that. Kita cerita tentang kerja kahwin mereka dan bagaimana perjalanan kami ke sana.

Za & Sham yang memang nampak secocok bersama


Oleh kerana Puan Za berkahwin di time peak, yakni time CNY maka ramai yang tak dapat menghadirkan diri. Jadi, tinggallah aku dan Wardah yang berangkat ke Terengganu ditemani oleh Echah. Echah tu kawan si Wardah yang terautomatik menjadi kawan aku. Eh, Hi Echah!

Watak utama entri ni. Dari kiri; Aimi, Echah, Wardah.


Niat di hati nak naik flight. Tapi bila dah dihitung dan dikira, sangatlah membazir naik flight. Jadi, bermulalah perjalanan kami ke Terengganu menaiki kereta kecil warna merah. Sesampai di Terengganu, mestilah perkara utama adalah menjenguk tempat tidur. dan kali ini tempat tidur adalah sponsored by KakLala. Thanks weh, kasi kitorang tumpang free. Jimaaaaat duit kitorang. :P

Sumai Hotel & Apartment


Oleh kerana kitorang tak berapa nak lama di Terengganu, maka hari sampai di Terengganu dan  terus berjalan. Mula-mula ingatkan nak pergi berjalan-jalan di tepi pantai je tapi,


tiba-tiba...........


ternampak orang main layang-layang. kitorang pun apa lagi, terjoin lah main layang-layang. Bukan salah kitorang pun asyik-asyik main layang-layang. Salahkan diorang yang main layang-layang tu. Kalau tak ada diorang main layang-layang, tak adalah kitorang main. Hehe~

Ni orang-orang yang boleh dipersalahkan atas kealpaan kitorang


Selepas main layang-layang, belum lagi masanya untuk ke kenduri Za. Maka, masa untuk makan. Manusia kan perlukan makanan. Maka, kami pun pergilah makan di Medan Ikan Bakar. The food was quite okay! and the prices saya dah lupa. Mungkin RM80 untuk 3 orang makan. Quite okay jugak. So, overall, burppp!

Aimi yang dah tak sabar untuk memakan


Selepas makan, mode bershopping meluap-luap tiba. Helo, ini Terengganu kot. mestilah bershopping tudung dan kepok. haha~ Padahal, end up tak beli apa pun. Takpe, yang penting niat tu ada. Ingatkan mau pergi ke Uptown KT, tapi malangnya tak jumpa. Dengar cerita macam dah tutup tapi kebenarannya memang kami tak tau. End up kami bershopping di tapak karnival yang kebetulannya berhadapan dengan Pasar Payang untuk mencari-cari, melihat-lihat, dan bergambar-gambar. Oh, dan melepak di Pantai Batu Burok menikmati sang bayu sambil bermain Facebook. Erkk!

Wardah sibuk-sibuk memilih baju, tapi bukan beli pun. Haha~

Pengguna-pengguna BB yang berlagak, mau main BB di pantai


Keesokan harinya. 

Sebelum ke kenduri Za, sempat lagi layan nasi kerabu. Bila lagi kan nak makan nasi kerabu. Ha, ini first time aku makan nasi kerabu. Selama ni, pandang sebelah mata pun taknak. Haha~ Tapi, sebenarnya sedap gak Nasi Kerabu ni. makan pulak dengan daging bakar, pergh! Sodap weh!

Nasi Kerabu yang yummeh!


Ok, sampailah ke acara utama ke Terengganu. Finally! Kenduri Za. Nak sampai rumah Za, agak menyesatkan. dalam kesesatan tu, jumpa pulak Cik Dibot bersama rombongannya. So, kitorang pun berconvoy ke rumah Za. Bila dah sampai di rumah Za, Puan Arina sudah menunggu. So, apa lagi? Sesi bergambar bersama pengantin terus dijalankan. Tanpa tunggu-tunggu lagilah. Ambil berkatlah katakan.

Wardah, behave sket!


Sesi makan. Eh jap! Sebelum tu pose sekejap!

Masa tu cemburu sangat. Maka, tak ada banyak sangat pose menarik dengan pengantin. Takpe2. Kitorang pergi Terengganu nak tengok Za kahwin, bukan nak pergi bergambar dan makan. Biarlah memori tu terpahat dalam ingatan, takpelah takde gambar pon. Haha~

Perjalanan pulang balik ke KL bermula dari pukul 3.30 petang dari rumah Za. Tapi, pantai Penarik tu menarik-narik kami untuk makan makan lagi dan bergambar. Jadi, kitorang pun terpengaruh dengan hasutan Pantai Penarik dan memakan beberapa ekor udang, ikan dan sotong sebagai bekalan ke KL.


Udang!


One of my favourite pictures Sebab I'm the photographer.


Walaupun perjalanan pulang ke KL mengambil masa berbelas-belas jam akibat daripada jammed sempena raya Cina, tapi itulah pengorbanan rakan-rakan semata-mata untuk menghadiri kerja kahwin rakan mereka. Walaupun perlu merentasi 3 buah negeri; Sarawak, Putrajaya, dan Terengganu tetapi semangat persahabatan tu yang penting. Kan Za, kan? Jadi, sila terharu!

Kepada Za Rasadi yang mungkin membaca entri ini. Niat asal dan niat utama adalah pergi kenduri ko. Yang lain cuma sampingan. Jadi, walau apa aktiviti kitorang kat sana, yang paling penting adalah acara utama yakni kenduri ko. Jadi, sila terharu lagi sekali! dan sila datang kenduri kitorang yang entah bila pun tak tau. *wink* and may you and Sham live happily ever after. Muahhhhhhh!


Za & Sham. Semoga berbahagia sampai ke anak cucu.


by,
Aimi A.Z yang akhirnya berjaya mengolah entri ini walaupun lebih sebulan telah berlalu. Cayalah Aimi!

Paragliding di Bukit Jugra



Dah banyak kali dah aku tempek gambar ni kat blog aku ni. Kali ni aku hanya dengan satu tujuan yakni nak cakap yang saya mahu berparagliding. *biar betul?*

Bukit Jugra untuk ber"paragliding"


Bagi yang tak tau apa itu paragliding, pergilah search kat Google. Haha~ Oleh kerana aku ni baik hati meh aku bitau apa itu paragliding. Paragliding adalah satu jenis sukan udara. Cuba tengok gambar di bawah untuk penceritaan lanjut. *mode malas bercerita* Ha, kan dah tau kan apa tu paragliding. *wink*


Saya mahu terbang tinggi *mata kelip-kelip*



Biar aku cerita sikit macam mana korang boleh berparagliding. Ada 2 cara:


Cara Pertama | Tandem Paragliding

Ini untuk beginners dan mereka yang mahu mencuba. Korang akan dibawa terbang oleh experts selama 10 atau 15 minit (depending on the winds). Kalau angin sepoi-sepoi bahasa, lamalah korang terbang agaknya. 

Harga RM120 / fly

Camnilah caranya Tandem Paragliding


Cara Kedua | Paragliding Certificate

Mengambil masa 4 hari untuk belajar theory, ground handling, tandem rides and 2 solo flying. Selepas pas semua ujian yang diberi, dapatlah lesen dan boleh terbang sesuka hati selepas tu. 

Harga RM1500 / certificate
RM30 untuk sewa equipment setiap kali mau main bila dah ada lesen


Jadi, jomlah kumpul duit untuk ambil lesen paragliding. *wink*


by,
Aimi A.Z yang lesen diving pun tak ambil-ambil sibuk nak ambil lesen paragliding. Ish3x! *tak kira, nak jugak*

Monday, February 21, 2011

Air Asia's Big Sale


Mari kawan-kawan, sepupuu sepapat, adik beradik, mak bapak, kita cari tempat untuk bercuti. Bila lagi mau bercuti jauh-jauh kalau tak bila tiket tengah murah. Kan, kan?

Eh, pastu jangan lupa ambil insuran sekali supaya kalau flight delay or beg hilang, boleh dapat vouchers. So, tunggu apa lagi jom fikir negara mana pula nak dilawati.


by,
Aimi A.Z yang dah gatal tangan dah ni nak beli tiket tapi tak boleh nak decide lagi mau pergi mana...

Kadang-kadang,

Kita rasa kita dah cukup sabar,

Tapi,
Kita tetap tak boleh sabar dengan sesetengah orang.


Kadang-kadang,
Kita rasa kita dah cukup baik,

Tapi,
Kebaikan kita seringkali dipijak-pijak oleh orang yang tak bertanggungjawab.


Kadang-kadang,
Kita rasa kita dah cukup memahami,

Tapi,
Orang still kata kita tak berperikemanusiaan.


Kadang-kadang,
Kita rasa kita dah taknak jadi seorang yang sabar, baik mahupun memahami,

Tapi,
Dah itu sifat diri kita, macam mana mau buang.


Kadang-kadang,
Kita rasa kita tak perlukan mereka itu di sekeliling kita,

Tapi, 
Allah Maha Mengetahui kenapa mereka berada di sekeliling kita. Jadi, sabar jelah!


by,
Aimi A.Z yang dah penat pujuk diri sendiri supaya bersabar dan menerima orang seadanya tapi bukan senang nak pujuk diri sendiri weh...

Sunday, February 20, 2011

150 Juta Blog Entri

Itulah aim aku pada suatu hari nanti. Tapi, entah tahun bila baru kesampaian. Haha~ Takdelah, actually aku tengah mendengar lagu 150 Juta ni sambil menulis tentang entri aku yang sudah hampir mencecah 500 entri, makanya terhasillah tajuk sebegitu. 


First entri aku di Blogspot adalah pada May 29, 2006. Kalau nak dibandingkan entri semasa dulu dengan sekarang, memang tersangat banyaklah bezanya. Dari segi cara penulisan, dari segi bahasa, dari segi idea, dari segi gambar, semuanya berbezalah. Life pun nampak bezanya. Mungkin sekarang ni lebih matang walaupun kalau tengok sekali imbas nampak macam tak matang-matang. 

Macam kelakar pun ada bila baca entri-entri dulu. Tapi, itulah tujuan blog ni sebenarnya. Untuk aku mengingat balik life aku suatu masa dulu, siapa aku sebenarnya dan apa yang telah aku buat untuk mencapai tahap sekarang. Kalau kita tak tulis, kita takkan ingat semua benda-benda yang jadi. So, guys, mulakan menulis blog dari sekarang! Takkan menyesal punya, serius.

Jadi, sementara entri aku mencapai 150 juta, korang dengar jelah lagu 150 juta daripada Fynn Jamal ni. *wink* (walaupun takde kaitan dengan entri ni)



by,
Aimi A.Z yang suka baca entri-entri lama sebab memang mengimbau kenangan...

2 Cara Membaca Aimi's Colourful Life dari Handphone Anda

Ramai yang complaint blog ni sangatlah berat sehingga tak boleh dibaca melalui handphone. Jadi, saya pun mengambil initiative untuk membolehkan anda membaca blog ini dari handphone anda. Nak buat yang Mobile Version canggih manggih saya masih belum tahu, jadi saya gunakan template yang sedia ada untuk mengubah blog saya menjadi mobile friendly version. Bolehlah dari tak ada, kan? :P


Cara Pertama | Mobify.me
  1. Melalui handphone anda, taip http://aimi-az.mobify.me
  2. Dalam sekelip mata, anda dah dapat baca Aimi's Colourful Life dari sana.
  3. Kekurangan: Anda hanya dapat membaca, tapi tidak dapat mengcomment sebab saya tak dapat edit features untuk comment form


Screenshot Aimi's Colourful Life melalui Mobify.me


Cara Kedua | Ovi Store by Nokia
  1. Melalui handphone Nokia korang, pergi kat Ovi Store
  2. Search for "Aimi AZ" atau "Aimi's Colourful Life"
  3. Download the application
  4. Lepas tu, setiap kali anda nak baca updates terbaru, anda pergi je kat application yang anda dah download tu.
  5. Kekurangan: Hanya untuk pengguna Nokia sahaja.


Screenshot Aimi's Colourful Life melalui Ovi Store by Nokia


So, silalah membaca Aimi's Colourful Life tak kira di mana anda berada. *wink* 


by,
Aimi A.Z yang tak tau la siapa yang nak buka Aimi's Colourful Life dari handphone mereka kecuali diri sendiri. Haha~

Saturday, February 19, 2011

Bukan Senang Nak Memujuk

Nak pujuk orang memang tak dinafikan sangatlah susah, tapi nak pujuk hati sendiri lagilah susah. Banyak keadaan yang aku tak mampu nak pujuk hati sendiri. Tak kiralah memujuk dari perasaan marah ke, perasaan geram ke, perasaan sakit hati ke mahupun perasaan terasa hati. Mesti ada anasir-anasir dalaman dan luaran yang menghalang aku untuk memujuk hati sendiri.


Haih~


Bukan senang nak jadi manusia berhati mulia. 


by,
Aimi A.Z yang minta dijauhkan dari gangguan jin, gangguan syaitan, gangguan hawa nafsu, gangguan manusia dan juga gangguan hasad dengki. Amin... 

Friday, February 18, 2011

"Asyik-Asyik Layang-Layang"

Mesti itu yang akan korang cakap bila tengok gambar di bawah ni. Bukanlah aku ni suka sangat main layang-layang, tapi dah kebetulan itu je permainan yang aku main kebelakangan ni. So, ape nak buat, korang terima jelah layang-layang sebagai permainan tradisional Aimi AZ. Haha~

...inilah gambar kontroversi itu. Sampai ke Terengganu saya bermain layang-layang. Jeles tak, jeles tak?

Pantai Batu Burok, Terengganu


Dah alang-alang korang mengeji aku bermain layang-layang, jadi buat kesekian kalinya aku tunjukkan gambar-gambar si Jagoan Layang-layang ini di tempat-tempat bermain layang-layang. At least kalau korang terliur tengok gambar aku bermain layang-layang, bolehlah korang ajak orang-orang kesayangan korang bermain layang-layang di tempat-tempat yang aku cakap ni. Tak payah dah korang susah-susah nak search kan? Hehe~ Baik betul Aimi ni, anak sapolah ni.



Taylor’s University College, Lakeside Campus



Jadi, tunggu apa lagi? Pergilah bermain layang-layang esok jugak. Harap-harap matahari akan memancarkan cahayanya dan angin akan berhembus melayangkan layang-layang korang tinggi di udara supaya taklah korang penat berlari untuk menerbangkan layang-layang. *wink*


by,
Aimi A.Z yang nak update pasal kerja kahwin di Terengganu tapi terupdate pasal layang-layang pulak. Ish3x. Apo nak jadi ni? Haha~

Tuesday, February 15, 2011

Si Gadis Blogger

Hari tu aku ada mention tentang komen seorang kawan tentang blog ni. So, hari ni aku nak cerita apakah komen beliau tentang blog aku ini yang aku kecohkan sangat tu. *wink*

Snapshot Blog Melayu Frustrasi by Pedot


First of all, Pedot ni adalah rakan lama aku sewaktu di sekolah rendah. Diulangi, di sekolah rendah. jadi sekarang ni, bukan saja dia adalah seorang rakan lama, tapi kami berkawan di Facebook dan juga blog.

Di sini, aku highlightkan TIGA (3) isi penting entri Pedot mengenai aku;

1.     Jalan penceritaan yang baik dan bagus
Komen aku: Aku bercerita mengikut mood. Kadang-kadang, bila sampai mood aku untuk bercerita, maka penceritaan tu menjadi bagus lah sedikit. Kalau mood untuk bercerita tu tidak sampai, maka jalan penceritaan pun menjadi tunggang langgang dan sukar difahami. So, apa pun berbalik kepada mood.

2.     Gaya penulisan yang santai
Komen aku: Aku selalu tulis tentang apa yang aku rasa. Tulis tentang kehidupan sehari-harian aku. Dah namanya kehidupan seharian aku adalah sangat santai dan malas maka penulisan aku pun menggambarkan gaya hidup aku yang sebenarnya.

3.     Boleh menjadi blogger yang hebat dan terkenal
Komen aku: Statement ini terlalu berat untuk aku. Bagi kebanyakan blogger, mestilah teringin mahu menjadi hebat dan terkenal di dunia blog. Tapi, bila kita berpijak di dunia yang nyata, kita akan tahu bahawa itu adalah angan-angan dan bukan senang untuk berada di tahap itu tanpa usaha yang menggunung. dan aku sangat bersyukur berada di tahap sekarang di mana ada juga korang-korang yang tak putus-putus melawat blog aku dan menantikan entri terbaru aku walaupun kadang-kadang entri-entri aku sangat hampeh. Thanks guys!


Thanks to Pedot kerana sudi mengcomment dan menglink blog aku ni. and thanks jugak untuk pujian-pujian anda. Tapi, masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki untuk menjadi blogger yang hebat dan bagus dan terkenal. dan kepada anda yang lain, sila klik [sini] ntuk entri penuh daripada Pedot mengenai Aimi AZ | Si Gadis Blogger. Awww~ 

Kesimpulannya telah saya nyatakan di dalam Twitter saya yang berbunyi;



by,
Aimi A.Z yang memang sangat tidak pandai menangani puji-pujian *blushing*

Monday, February 14, 2011

Perasaan Memiliki Sesuatu Sukar Digambarkan

Perasaannya mungkin tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, tetapi mungkin boleh digambarkan dengan gambar seperti gambar di bawah ini,


Setelah banyak dugaan dan cabaran yang mendatang, akhirnya berjaya juga memiliki sesuatu. Bak kata pepatah, "Kalau dah jodoh tu, tak ke mana." Sekarang saya percaya pada itu pepatah. *wink*

Jadi, ada sesiapa berminat? Hehe~


by,
Aimi A.Z yang me"minjam" gambar di atas dari Mudah.my. Jangan marah ye? :P

Sunday, February 13, 2011

Ada Sesetengah Benda,

Ada sesetengah benda,
Kita tahu ianya sangat penting. Tapi, entah kenapa kita tak pandai menghargai benda tu. Or tak pandai untuk menunjukkan yang kita menghargainya. Tapi, kita tahu, bila kita hilang benda tu, kita akan menjadi orang yang sangat rugi dalam dunia. dan tiada perkataan yang boleh menggambarkan kekesalan tentang kehilangan benda tu.

Ada sesetengah benda,
Kita sangaaaatlah benci suatu masa dahulu. Tapi sekarang ni kita menghabiskan berjam-jam lamanya untuk membuat benda yang kita benci itu. Kita still bencikan benda tu tapi, turns out benda tu yang menjadi peneman di kala kesunyian. Mungkin benda tu akan menjadi sesuatu yang kita suka, siapa tahu? It's a good thing, though!

Ada sesetengah benda,
Taklah terlalu penting. Kalau benda tu tak ada, takde effect pun dalam diri kita and yet, kita menunjukkan yang benda tu sangat penting as if, we can't live without it. Hari-hari kita akan menggunakan benda tu tapi tak ada apa yang bestnya pun. Tak boleh bawak sampai mati pun, but seems like we are addicted to it.

Ada sesetengah benda,
Kita nak orang faham, tapi kita tak mahu mengatakan secara direct. Sebab benda-benda yang dinyatakan mungkin adalah merupakan kelemahan diri yang selalunya patut disimpan di dalam hati sendiri sahaja. Maka, terhasillah entri semacam ini yang mengharapkan ada yang faham dan tolong melontarkan kata-kata azimat dan nasihat. Tapi, ada sesetengah benda memang tak ada orang yang akan faham. So, deal with it!


by,
Aimi A.Z yang confirm korang pening baca entri ni, sebab aku pun pening jugak bila baca balik...

Saya Bukan Cuba Memberi Alasan

...tapi, dah memang kebelakangan ni saya tersangatlah busy. Busy sampailah tak sempat mengupdate blog. Padahal, terlalulah banyak cerita untuk diceritakan. Cerita tentang kerja kahwin di Terengganu, cerita tentang komen seorang kawan tentang blog ini, dan macam-macam lagilah. Cerita tentang Trip to SMK pun tak sempat disambung lagi. Haih~ Jadi, tunggu jelah selama mana yang boleh. Kalau tak boleh tu, tak payah lah tunggu ye?

So, sementara menunggu entri baru yang entah bila akan kunjung tiba, tataplah gambar saya yang sememangnya sedang busy bekerja. Betul, tak tipu!




Jadi, sekarang korang dah percaya bahawa aku memang busy kan? Hehe~


by,
Aimi A.Z yang sekarang ni lagi rajin update Twitter daripada blog. Jadi "add"lah @aimiAZ di Twitter sekarang!

Tuesday, February 01, 2011

Bila Orang Cina Beraya, Saya Akan...?


  1. Menghormati perayaan mereka lantas pulang bercuti ke kampung halaman untuk berjumpa dengan kaum keluarga yang sudah lama tidak ketemu. Eh, lama ke? Lantas berBBQ sebab itu adalah acara rasmi keluarga kami, bila semua ahli rumah berada di rumah.


      

  2. Saya juga akan menghadiri kenduri kahwin rakan se-UiTM iaitu; Siti Zanariah di Terengganu. Dari jauh aku datang merentas 3 buah negeri untuk ke wedding ko, kalau ko tak terharu lagi, aku tak tau lah. Haha~ Btw, sorry Za aku curi gambar dari FB ko. Hee~

  3.  
  4. Saya juga mahu mengepow orang di bawah ini kerana beliau telah mendapat angpow yang sangaaat masyuk untuk CNY ini. Tak kira bagaimana caranya, saya mahu juga mengepow anda. Jadi, sila simpan sedikit angpow untuk dipow oleh saya.


 


Itu jelah aktiviti aku bila orang Cina beraya. Diharapkan plan aku berjalan dengan lancarnya. Terutamanya plan yang No. 3. Eh, plan yang No. 1 dan No. 2 pun diharapkan berjaya jugak. Semualah diharap berjaya. :P


by,
Aimi A.Z yang menggunakan Microsoft Word untuk membuat entri ini...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin