Thursday, March 31, 2011

Bila Blog Sudah Bersawang...

...mulalah mendapat complaint dari pengunjung tetap ini blog. What to do? It's not that my life became UNcolourful, but I'm sooooooooo busy with my "colourful" life lately. Jadi kepada anda semua, saya nak bagitau; yang saya masih hidup sihat sejahtera di bumi Sibu dan jangan risaukan saya. Saya tak ada masalah apa pun. Just assume yang no news is good news. I'll update dalam masa yang terdekat. Promise!


...and saya memang BELUM bersara dari Twitter. Cuma kekadang nak bertwit pun tiada masa. *Apalah yang Aimi tu busy sangat?* Ha, Aimi tu busy sebab, dia dah ada boifren! *blush*


Introducing, Aimi's boifren


Itulah boifren saya. Ramai yang cakap muka dia macam Hans Issac. Tapi, saya rasa sikit pun tak sama. Mana nak sama kalau Hans Issac lagi hensem dari boifren saya. Boifren saya tak sehensem tulah. Kalau dia hensem macam Hans Issac, alamatnya ramai lah yang berkenan. Tidakk!

Jadi kepada anda semua, doakan kebahagiaan kami walaupun tinggi kami sangat berbeza. *wink* dan fahamilah keadaan saya yang busy.


by,
Aimi A.Z yang harap semua orang faham sebab apa blog bersawang dengan explaination yang diberi...

Thursday, March 24, 2011

A+A+A+A+A+A=6A

Pernah dulu aku cakap, apa ada dengan PMR. Tapi, sekarang, tak adalah pulak aku nak kata "Ada apa dengan SPM" sebab SPM memang ada apa-apa. Sebab SPM adalah langkah penentu masa depan korang. Dengan result SPMlah korang akan mengorak langkah dan cita-cita korang even though korang masih samar-samar dengan cita-cita korang yang sebenarnya.


Sebenarnya, aku just nak cakap; Adik aku dapat 6A untuk SPM. Kenapa 6? Mungkin sebab dia kumpul 1 A untuk setiap adik beradik kitorang. Kan kitorang adalah 6 beradik. So, sorang satulah. *wink*


Jadi, kepada Aizat. Bersyukurlah dengan apa yang dapat. dan berbanggalah dengan diri sendiri kerana kejayaan yang Aizat dapat tu adalah dari titik peluh diri sendiri. Kalau rasa 6A tu tak cukup, jangan risau sebab nanti banyak lagi peluang untuk mengutip A. Kalau rasa 6A tu lebih, banggalah dengan diri sendiri yang bersengkang mata dan bersusah payah untuk mendapatkan A tu. dan kalau terasa 6A tu just nice, apa lagi? Claimlah hadiah, duit, etc dari abang dan kakak-kakak yang memang dah tak sabar-sabar nak mengosongkan poket yang tak berapa kembung ni. Hehe~


Umi & Abah yang confirm akan tetap senyum walau berapa pun result anak dia. *tak tipu*


The proud AZ's family


So, Wawa. tak terasa tercabar ke?


by,
Aimi A.Z yang dapat 2 ketul A je masa SPM dulukala. Jadi jugak Engineer ha~

Thursday, March 17, 2011

Sarawak | Together We Make Bintulu Better

Perjalanan dari Sibu ke Bintulu kira-kira 200km or bersamaan dengan dua setengah jam memandu. Jalan raya seakan jalan lama Ipoh-KL except for pemandangan sepanjang perjalanan adalah hutan belukar dan rumah-rumah panjang. dan lots of schools!

Bertolak seawal 8 pagi dan sampai di Bintulu almost 11 dan mestilah aktiviti pertama yang dilakukan adalah makan. Selepas makan, bermulalah aktiviti utama yakni berpoya-poya di Taman Tumbina Bintulu.



Taman Tumbina Bintulu adalah combination between botanical and zoological garden. Adalah sikit sangat binatang yang wujud di sana, seperti sekeluarga beruang, dua ekor rama-rama, beberapa ekor buaya, beberapa pasang ular sawa, sekawanan rusa, seekor harimau, burung dua ekor untuk setiap spesis, sepasang itik, seekor merak yang dah tercabut bulunya, beberapa ekor burung unta, seekor ikan besar yang taknak timbul-timbul, dan lots of kura-kura.

The botanical part; adalah rumah cactus and taman palma and perbagai jenis pokok bunga dan paku pakis sepanjang perjalanan menuju ke taman-taman zoological yang disebutkan di atas. Dan overall, Taman Tumbina Bintulu macam tak berapa terjaga, tapi bolehlaaaaaaaah dari takde. So, silalah pergi melawat ye orang-orang semua. *wink*

Aktiviti utama yang kedua adalah Pantai Tanjung Batu, Bintulu. Agak menarik pemandangannya. sesuai untuk berdating dan bergambar. Cakap banyak tak guna, silalah tengok gambar kami yang cantik menarik tertarik ni. :P



Singgah sebentar di town Bintulu dan ini yang kami nampak;



Sangat teruuja kot. Tak pernah nampak layang-layang sebesar itu ni hadapan mata. I'm not sure whether it is the International Kite Festival. Sebab according to this site, the kite festival will be held on 22nd to 25th September 2011. Tak kisahlah, janji aku dah dapat tengok, kan? and btw, saya dapat simpulkan yang Bintulu lagi membangun dari Sibu. Eh, tapi Bintulu takde McD. So, Sibu menang lah ye? Haha~

Ada satu lagi tempat tarikan di bintulu yakni waterfall. Tapi kitorang tak singgah sebab masa kami adalah limited since kami buat one day trip je. lagipun waterfall tu dah menghala ke Miri so nanti agak jauh untuk berjalan pulang. Jadi, mungkin next time, if there's a next time.

So, Bintulu: checked! What's next?


by,
Aimi A.Z yang sangat gembira sebab nak pulang ke kampung halaman esok. Yay~

Wednesday, March 16, 2011

Wordless Wednesday | Going Down memory Lane



by,
Aimi A.Z yang ingin nak tau siapa yang mencipta Wordless Wednesday...

Sunday, March 13, 2011

Apa Ada di Sarawak?

Selalu je aku dapat soalan sebegitu. But then, how to answer a question yang aku sendiri tak pasti jawapannya. So, untuk menjawab soalan korang tu, aku akan merantau ke seluruh pelusuk Sarawak setakat yang aku mampu untuk memberitahu korang tentang apa yang ada di Sarawak.

Bermula dari Bintulu.

Sebab, saya on the way ke Bintulu.




Jadi, sehingga saya pulang dan bercerita, tunggu jelah ye? *wink*


by,
Aimi A.Z yang akan ke Kuching pulak bulan Julai nanti...

Saturday, March 12, 2011

Sembahyang Sebelum Disembahyangkan

Ramai yang sangat familiar dengan ayat itu, tetapi berapa ramai yang betul-betul menjaga sembahyang sebelum mereka disembahyangkan. dan sembahyang di sini bermaksud sembahyang lima waktu, yakni rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam without excuses!


Haih~


Bila cakap pasal sembahyang ni memang susah. Sepatutnya taklah sesusah mana sebab sembahyang kan benda wajib. Bila wajib kena buat. Bila tak buat, berdosa. Tapi, kenapa ramai yang tak sembahyang. Susah sangat ke nak sembahyang. Lima kali tu banyak sangat ke? Bukannya lama sangat pun setiap kali sembahyang. Lima minit pun cukup untuk sembahayang. But then, apa masalahnya taknak sembahyang?


Haih~


Bila keluar dengan orang yang tak sembahyang. Kenapa susah sangat mulut ni nak cakap, "eh, dah masuk waktu lah. aku nak pergi sembahyang jap lah." kenapa perkataan tu berat sangat nak keluar. dan kenapa mereka yang bersembahyang, lebih malu kepada mereka yang tak bersembahyang? Bukan sepatutnya keadaan adalah sebaliknya ke? Kenapa? Iman masih lemah, perhaps?


Bila baca entri Budu dan Belacan pasal solat, rasa insaf sangat. Tapi bila baca entri Wardina Safiyyah pasal dia mengajar anaknya solat, lebih menginsafkan. Kadang-kadang memang perlu baca cerita-cerita sebegini supaya dapat mengisafkan diri dan bermuhasabah diri. Jangan lah asyik nak baca entertainment dan gosip je. Itu semua hal duniawi, semua bersifat sementara. 


Jadi, jomlah kita sama-sama jaga sembahyang. Walaupun susah macam mana pun, walaupun busy macam mana pun, sembahyanglah. Sembahyang tu kan tiang agama. Tanpa tiang, macam mana sesebuah bangunan tu akan berdiri. Begitu juga halnya dengan agama. Tanpa sembahyang, agama kita tak akan berdiri. Macam mana kita mengaku sebagai seorang Islam kalau sembahyang lima waktu yang wajib tu pun kita tak buat. 


Entri ni bukanlah ditujukan kepada sesiapa. Entri ni bersifat terbuka dan berniat untuk mengingatkan sesama umat. Diri sendiri pun masih perlu diperbaiki. Jadi, sama-samalah kita ingat mengingatkan supaya kita menjadi umat yang cemerlang dan terbilang.




Renung-renungkan dan selamat beramal. :P


by,
Aimi AZ yang mahu memuhasabahkan diri sendiri sebenarnya...

Thursday, March 10, 2011

Cubaan Demi Cubaan,

untuk mengupdate blog. Tapi, masih tak berjaya.

Nak kata busy,
taklah busy mana pun.

Nak kata life sangat bosan,
taklah bosan sangat pun.

Nak kata internet connection sangat lembab,
taklah lembab sangat pun.

Nak kata tak ada idea berblog,
banyak gila topik yang mahu diblog.

Nak kata malas,
mungkin itulah jawapan yang kita cari.


Jadi kawan-kawan, tunggu ye sehingga Encik Rajin saya datang.





by,
Aimi A.Z yang sedang menghabiskan sisa-sisa MC yang tinggal tak berapa jam lagi ni...

Tuesday, March 01, 2011

Perpisahan

Bila dia buat entri pasal perpisahan, aku pun taknak kalah. Aku pun nak buat entri pasal perpisahan. Tapi, cerita perpisahan aku ni berbeza dengan cerita perpisahan dia. Yang pastinya cerita ini MUNGKIN bukan cerita aku. Siapa makan cili lebih, dialah yang terasa pedas. *wink*

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi
KRU

Ya, memang aku nak cerita pasal perpisahan orang bercinta. Tapi, aku nak ingatkan sekali lagi, yang ini MUNGKIN bukan cerita aku. Perpisahan yang terjadi setelah sekian lama menyemai cinta, sangatlah menyedihkan, tapi kadang-kadang hal itu di luar kawalan manusia. Kalau diikut-ikutkan hati mestilah mahu percintaan itu berkekalan lama, tapi apakan daya, jodoh pertemuan adalah rahsiaNYA.

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Aizat Amdan

Kadang-kadang perpisahan tu terjadi akibat dari external factor yakni faktor luaran. Tapi, tak dinafikan kebanyakan pasangan berpisah akibat daripada soal hati, yakni internal factor. Tapi, bila berkaitan dengan soal hati, memang susah nak cakap. Hati ni boleh berubah dalam sekelip mata. Orang yang dah berkahwin selama dua puluh lima tahun pun tiba-tiba berubah hati. Apatah lagi nak dibandingkan dengan orang yang bercinta entah berapa purnama. So, how?

Bila dah berpisah, mesti banyak yang akan difikir. Tentang apa orang akan kata, tentang apa pandangan family, and even tentang macam mana nak merawat luka di hati. Semua tu akan berlalu pergi dengan aman suatu hari nanti. Jadi, berilah masa kepada diri sendiri. Beri peluang kepada diri sendiri untuk memulakan hidup baru kerana mungkin akan ada,

Kebahagiaan dalam perpisahan.
Shahir

Move on! The grass is always greener on the other side, or at least nampak macam lebih hijau lah. Untuk tahu kehijauan rumput tu, kita perlulah experience benda tu dulu. Lagipun, experience is the best teacher. Walaupun kadang-kadang cukuplah kita dengar experience orang, kekadang terasa berat untuk menghadap experience tu sendiri tapi kita kena ingat jugak yang Allah takkan menguji hambaNYA kalau DIA tau hambaNYA tak mampu menempuhnya.

Jadi, banyakkan berdoa dan berselawat. Jodoh itu pasti ada, cuma kita sebagai manusia tak tahu siapa jodoh kita, selama mana jodoh kita berkekalan dan bilakah kita akan berjumpa jodoh kita yang sebenar-benarnya. Jadi, berusaha selagi mampu dan selebihnya biar DIA yang menetukan kerana sesungguhnya DIA yang Maha Mengetahui. 

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah we`ll find the way
Maher Zain


by,
Aimi A.Z yang cuba menyampaikan sesuatu kepada seseorang, dan mengharapkan seseorang itu akan memahami maksud yang ingin disampaikan...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin