Sunday, May 29, 2011

He is VERY sick!

Amir with Umi


He is only 19 years old and he is struggling with cancer. Saya pernah cerita pasal cousin saya ni suatu masa dulu. Dan sekarang ni keadaan Amir semakin kritikal sebab sel-sel kansernya dah merebak. So, saya nak mintak korang semua untuk tolong sama-samakan berdoa semoga Amir cepat sembuh dan bebas daripada kanser. Sesungguhnya setiap penyakit itu datang dari Allah dan Allah jugalah mampu menyembuhkan setiap penyakit itu. Dan semoga Ibu (Amir's mom) dan keluarga tabah dan tenang menghadapi ujian yang maha besar ini. dan semoga segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan. InsyaAllah.

My other cousin, launched a tabung called Tabung Ehsan Idris untuk mengutip dana untuk mengurangkan beban Ibu sekeluarga. Actually, this tabung was meant untuk family yang mahu membantu, tapi kalau korang semua berminat, korang pun bolehlah menderma. Here is the details;


Tabung Ehsan Idris
Account No: 12320065956528 [CIMB]
Account Owner: Johany binti Masdar 


Please forward your donation latest by tuesday 31st May 2011. The donation will be forwarded to Ibu InsyaAllah by Wednesday 1st of June. 


Thank you in advance for your donation and doa. 




**UPDATE: Muhammad Amir bin Zainal Rashid telah meninggalkan dunia untuk selama-lamanya pada 4 Jun 2011; 09.46 am di PPUM. Semoga Allah menempatkan Arwah di dalam golongan roh orang-orang yang beriman. Al-Fatihah~


by,
Aimi A.Z yang baru nak melawat Amir next week bila balik bercuti...

Saturday, May 28, 2011

Sibu | Taman Jubli Bukit Aup

Bila petang-petang atau pagi-pagi di Sibu, tak tau apa aktiviti yang mahu dibuat, maka pergilah ke Taman Jubli Bukit Aup. Macam mana jalan nak pergi sana? Silalah mencari di Google Maps ataupun silalah mengharapkan GPS korang yang canggih manggih tu. Apa yang ada di sana? Ha, inilah nak cerita ni.

First of all, korang mesti pergi berpakaian santai. Ala-ala nak berjogging punya pakaian lagi bagus, siap dengan kasut sport supaya taklah sakit lutut korang menaiki tangga yang berlambak-lambak di sana. Seriously, banyak gila tangga. Tapi stamina tak perlukan banyak sangat seperti stamina menaiki Sungai Gabai sebab taklah setinggi dan sepenat tu.

Ni baru tangga permulaan. Banyak lagi anak-anak tangga di atas sana.


Kalau korang dah ter"pergi" dengan berpakaian yang kurang sesuai i.e memakai high heels jangan risau. Korang bolehlah beli makanan ikan yang berharga minimum RM1 dan menaburkan ke dalam kolam. Banyaaaaaaaak gila ikan dalam kolam yang tak berapa nak jernih tu. Sangat menarik melihat ikan-ikan yang banyak tu berebut-rebut makanan. Sebijik macam dalam FishVille kat Facebook. Ni baru best, secara live. Bukat setakat secara maya. Hehe~

Kesian ikan-ikan yang nampak macam kebulur ni. Nasib baik ada Kak Amy. Muahahahaha~


Tapi kan, kalau setakat bagi ikan makan je, tapi tak mendaki tangga menaiki ke atas, rugilah weh. Sebabnya, korang takkan dapat menghayati pemandangan Bandar Sibu dan keindahan Bukit Aup yang sememangnya sangat indah. Bila dah sampai di atas tu, dah lupa dah segala penat lelah dan sengal otot akibat menaiki tangga yang banyak tu. Jadi, silalah pergi ke Bukit Aup sekiranya korang berjalan di Sibu ataupun tak tau apa nak buat pada hari minggu.

Keindahan Taman Jubli Bukit Aup. Kalau nak dating bolehlah bersantai-santai di atas rumput nan menghijau.

Sebahagian Bandar Sibu yang boleh dilihat dari puncak Bukit Aup


Ada juga cerita kurang enak yang didengar tentang tempat ni. Tapi, as long as korang pergi pada waktu siang dan tak berseorangan, maka InsyaAllah tak ada apa-apa. Jom!


by,
Aimi A.Z yang dah beberapa kali menjejakkan kaki di Bukit Aup...

Tuesday, May 17, 2011

Dunia ni memang penuh dengan cabaran,

dugaan, dan godaan. Bak kata Noni, cabaran (dan dugaan dan cabaran) memerlukan kesabaran, tetapi sejauh mana kita bersabar dan menepis semua itulah yang mencerminkan siapa kita. Sejauh mana kita mampu menegakkan pendirian kita dan tidak terpengaruh dengan pengaruh manusia dan bisikan syaitan itulah yang menjadikan kita siapa kita sebenarnya. Jadi, jadilah seorang yang bijak dan waras, dan jadilah umat Islam yang beriman dengan mengatakan TIDAK kepada perkara-perkara yang haram!


Karaoke, karaoke jugak. Carlsberg tu janganlah minum pulak, ye? Renung-renungkan dan selamat beramal~


by,
Aimi A.Z yang dapat mengelak dari berkaraoke walaupun dipaksa berkali-kali. Yay!

Wednesday, May 11, 2011

Wordless Wednesday | Rumah Manis Kami



by,
Aimi A.Z yang sama excited untuk masuk rumah baru...

Saturday, May 07, 2011

97 + 3

97 plus 3 hidden followers membuatkan saya terfikir yang ada juga orang yang mengikuti perkembangan blog ni. Followers juga bertambah dengan pantas sepanjang kemalasan saya menulis blog. Kenapakah hal ini berlaku, dan apakah yang anda cari di sini, saya pun tidak faham. Jadi, sila fahamkan saya. 

Di header blog saya mempunyai 97 follower...


...tapi, di dashboard blog follower saya sudah mencapai 100 orang...


Berapa pun bilangan anda, terima kasih sebab tak henti-henti melawat dan membaca blog ini. dan apa pun sebab anda melawat dan membaca blog ini saya amat hargainya. Terima kasih!


by,
Aimi A.Z yang sangat bersyukur mempunyai 100 follower walaupun orang lain dah beratus-ratus follower...

Tuesday, May 03, 2011

Kisah Si Lelaki dan Si Perempuan

Tahun 2002
Si Lelaki menelefon aku meluahkan isi hatinya terhadap Si Perempuan. Setelah memberikan pendapat yang agak bernas, Si Lelaki pun memberanikan diri menawan hati Si Perempuan.


Tahun 2011
Setelah mengharungi segala macam dugaan dan cabaran, mereka pun akhirnya diijabkabulkan. dan aku merasa sangat berbangga kerana menjadi sebahagiaan daripada kisah mereka dari saat bermula sehinggalah ke akhirnya.


Nikah time!

Sanding time!

Makan beradab


Jadi, kepada Si Lelaki dan Si Perempuan, semoga berbahagia ke akhir hayat. Semoga cepat menimang anak, dan semoga mendoakan aku cepat ketemu jodoh. *tiba-tiba* dan kepada kawan-kawan yang lain, cepat kawen weh. Tinggal kita je nih tak kawen lagi, ini tidak adil!

Kecuali pasangan pengantin baru dan Syura si pengantin lama (berbaju hitam), tinggal kami berlima je belum berkawen. Anyone interested? Haha


Kita tunggu giliran siapa pulak lepas ni. *wink*


by,
Aimi A.Z yang gembira sebab sorang demi sorang kawan dah kawen, tapi sedih bila teringat diri yang tak kawen-kawen. Jadi Aimi, sila bertemu jodoh dengan segera!

Monday, May 02, 2011

Misi Sebulan Satu Tempat

Ada ke misi macam tu? Misi tu adalah misi yang aku cipta dan reka sendiri untuk diri sendiri. Memang nampak macam susah nak accomplish, tapi setakat ni, bulan April, aku berjaya melawat ke LIMA tempat dalam masa 4 bulan. Yay~





Blog entri pon tak siap-siap. Apa nak jadi ni Aimi oi? Sorilah kawan-kawan, saya sekarang kurang menghabiskan masa untuk blog. Sila bersabar untuk berapa lama pun saya tak tau. Tapi, silalh sabar, ye? *wink*


Bulan 2 | Terengganu



Trip ke Terengganu adalah bertujuan menghadiri majlis kahwin Za & Sham. Oleh kerana ramai kawan-kawan yang ada urusan dan tak dapat menghadirkan diri, maka hanya 3 orang yang menghadiri trip ini. Takpelah kan, at least ada wakil. :P


Bulan 3 | Bintulu



Trip ni telah aku terangkan dengan panjang lebar di dalam entri itu. Basically ini adalah trip pertama melawat ke pelusok Sarawak. Supaya nanti taklah aku menyesal duduk di Sarawak, tapi hanya mengenali Sibu. 


Bulan 4 | Sarikei



Ini adalah trip aku yang agak baru yang belum aku ceritakan. So, secara ringkasnya, pergi Sarikei adalah untuk berBBQ dan bermandi manda. dan of course melawat tempat orang supaya nanti bila orang tanya ada apa di Sarikei, aku boleh menjawab dengan yakin dan confidentnya apa yang ada di sana. Which is, tak ada apa-apa pun. Haha~


Bulan 4 | Kedah





Bulan 4 aku tamak haloba sikit, pergi ke 2 tempat. Baru balik dari trip ke Kedah. Trip ke Kedah adalah bertujuan menghadiri majlis kahwin Fiza & Shahrim. It's a very short trip tapi sangat best dengan kehadiran kami yang best. Kan Fieza, kan? Jadi sila tunggu saya update mengenai majlis kahwin mereka.


Itulah Misi Sebulan Satu Tempat oleh Aimi A.Z. Selepas ni yang confirm adalah; Bulan 5 ke Kuching, Bulan 6 ke Bangkok, Bulan 7 ke Jakarta dan Kuching (lagi!), dan Bulan 12 ke Singapore. Bulan 8 hingga 11 akan saya rancangkan. Jangan risau, banyak tempat dalam Malaysia as well as luar Malaysia untuk dilawati. dan semoga dimurahkan rezeki supaya dapat menjayakan Misi Sebulan Satu Tempat ni. *wink*


by,
Aimi A.Z yang perlu beli kamera caanggih supaya gambar-gambar menjadi lebih canggih...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin