Saturday, July 30, 2011

Sekali Lagi

Sekali lagi kita dipertemukan dengan Ramadhan. Jadi, jangan mensia-siakan peluang yang ada untuk beribadat dan menambah amalan di bulan yang mulia ini. Sabda Nabi Muhammad s.a.w “Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku“. Rajin-rajinkan diri menggunakan teknologi yang ada untuk mencari dan mempelajari amalan-amalan di bulan Ramadhan dan semoga kita semua dibukakan pintu hati ke jalan Allah. InsyaAllah.


Selamat berpuasa!




by,
Aimi A.Z yang berpuasa di perantauan. Tapi best, sebab sebelum pukul 7.00mlm dah boleh buka puasa. Hehe~

Monday, July 25, 2011

Percubaan Pertama

Saja je mencuba mengupate blog menggunakan iPad. Kalau best, bolehlah mengconsider membeli iPad untuk kegunaa diri sendri. *ngehngeh*

tapi, macam lembab je. banyak salah pulak tu. adoi! mungkin inilah akibat tak tido lagi walaupun lampu dah tutup.


by,
Aimi A.Z yang sepautnya dah lama tido sebab esok harus bangun awal, tapi dok main iPad lg...

Wednesday, July 20, 2011

Maaf

Kalau ada hati-hati yang terguris dengan blog post saya sebelum ini.


Yang benar,
Aimi A.Z

Friday, July 15, 2011

Jom Berweekend di Kuching



Kepada Puan Kura-Kura, janganlah jealous sangat. Trip ni dah lama dirancang, kebetulan berlaku dalam bulan ni. Btw, this is a very short trip, tak ada benda menarik yang dibuat selain dari menikmati pemandangan di Kuching. *wink* So, tak ada apa nak dijealouskan. Nak shopping pun takde duit ni. Waaa~

Jadi, selamat berweekend!


by,
Aimi A.Z yang sudah ketandusan duit tapi masih mahu berjalan-jalan ke sana sini...

Thursday, July 14, 2011

Bila Anda Perlukan Telinga Untuk Mendengar...

...mereka akan selalu ada untuk anda.




  1. Walau pada pukul 6.30 petang di hari bekerja
  2. Walau terpaksa meredah jammed untuk ke tempat berkumpul
  3. Walau terpaksa menaiki kenderaan awam dan menumpang kawan untuk ke tempat yang dituju
  4. Walau mempunyai anak untuk diasuh dan diberi susu
  5. Walau mempunyai kerja yang berlambak di office
  6. Walau suami sedang menunggu di rumah
  7. Walau duduk jauh di perantauan (ehem!) 
...mereka akan tetap ada untuk mendengar masalah anda. That is the moment you find out who your true friends are. Jadi, bersyukurlah mendapat kawan-kawan yang sebegitu. =)


by,
Aimi A.Z yang rasa kawan-kawan dia yang malang mendapat kawan "sebegini" (sambil tunjuk kat diri sendiri). Nasib korang lah~

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday | Solat di Mana Sahaja



by,
Aimi A.Z yang sangat kagum dengan mereka di Jakarta yang boleh bersolat di mana sahaja...

Saturday, July 09, 2011

Geram!

Kalau pengalaman empat puluh tahun sekalipun, tapi tak mahu mencurah ilmu kepada mereka yang kurang berpengalaman, apa guna pengalaman ko tu? Oklah, kalau taknak mencurahkan pengalaman ko pun, ko pergilah buat kerja-kerja yang ko pandai tu, jangan pandai cakap je, tapi beban kerja semua ko tolak tepi!

Bodoh!

Sebab manusia-manusia macam ni lah bangsa ko tak maju. Bukannya nak mengajar, malahan menggelakkan. Kalau tak mengajar tapi kerja ko buat takpe jugak. Ni dahlah tak mengajar, kerja pun ko tak buat, yang ko tau pergi mencari salah orang dan mengadu domba. Elok sangat lah berperangai macam tu di saat rumah kata pergi, kubur kata mari.

*sigh*


Banyaknya cabaran untuk jadi engineer yang berjaya ni. Semoga aku tabah menghadapi kerenah-kerenah manusia yang tak berapa "pandai" ni.

Atau mungkin jugak aku ni memang tak layak bergelar engineer.


by,
Aimi A.Z yang memang sangat geram dan terasa hati bila digelakkan sebegitu sekali *sigh*

Friday, July 08, 2011

Ayuh ke Jakarta!

Walaupun sepatutnya saya bercerita mengenai Bangkok dahulu, tapi perasaan malas yang membuak-buak menyebabkan saya tidak mahu menurut turutan. Jadi, terima jelah seadanya tanpa mengikut turutan. Hehe~

Jakarta. Trip bersama colleague. Bukan setakat colleague di Sibu malahan di serata Malaysia termasuk di HQ. Quick info, HQ saya di Bangi, dan company ada project di serata Malaysia termasuklah di Sibu. Maka, time ni lah satu-satunya peluang untuk bersua muka dengan team-team dari site lain.Ahli rombongan adalah melebihi dari seratus orang termasuklah top managements.

Jadi, cakap banyak pun tak guna, mari melihat gambar-gambar yang tak seberapa banyak ni ha. First adalah gambar bersama banner. Team Sibu yang pergi adalah 3 orang sahaja. Project Manager setia menjaga site. *rajin kan PM saya?*

Ini adalah gambar di Monas, yakni Monumen Nasional. Monas ni adalah tempat untuk bergambar. So, kitorang pun menangkap-nangkap lah gambar. *Apa lagi nak buat?*

Inilah kesemua orang yang pergi ke Jakarta. Saya tiada dalam gambar kerana sibuk mengambil gambar. *kesian*

Inilah kami team Sibu plus seorang team KK. Dari kiri, Cik QS, Cik QA, dan Cik C&S. Kanan sekali adalah Cik OM dari KK.

Oleh kerana Project Manager tiada bersama, kami pun bergambar bersama Project Director. =)

...dan ini adalah gambar bersama Tan Sri J. Tan Sri J. adalah CEO ini company. Company ini dia yang punya.


Tiada apalah yang dibuat di Jakarta selain daripada bershopping. Tapi, memandangkan saya ni baru balik dari Bangkok, maka tak banyak sangatlah bershopping. *ye ke?* Tapi memang sangat gila melihat barang-barang itu semua especially kain cotton. Arghhhhhhhh! Sangat cantik dan colourful dan murah! Tapi, kedai cotton adalah yang terakhir dijumpai makanya, tidak boleh banyak membeli sebab duit sudah habis. Ayok!

Geram gila tengok cotton ini semua!


Tapi overall, Jakarta adalah best untuk bershopping. dan jangan risau, saya akan datang lagi semata-mata ingin bershopping cotton. Tunggu~

...dan trip ini adalah bagus untuk mengenali mereka yang bekerja di bawah payung yang sama dan mengenali pelbagai ragam manusia dari pelbagai taraf dan menyedarkan aku tentang persamaan mereka yang bekerja di dalam bidang construction. Apakah itu? *jeng jeng jeng*


by,
Aimi A.Z yang ada banyak lagi cerita yang perlu diupdate. Sabar ye, semua. =)

Tuesday, July 05, 2011

Siapa Kata Perempuan Senang Terpedaya Dengan Pujuk Rayu Lelaki?

Sebab ada jenis perempuan yang TANPA pujuk rayu pun boleh terpedaya.



*sigh*



Apa nak jadi dengan dunia sekarang?



Kepada kaum Hawa, silalah memahalkan diri anda kerana sesungguhnya dirimu sangat berharga.



Kepada kaum Adam, untunglah badan bila dapat perempuan semurah itu.



by,
Aimi A.Z yang tak mampu nak menasihati hamba Allah yang sebegitu...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin