Saturday, January 28, 2012

Berhujung Minggu di Sibu

Selain duduk di rumah dan menikmati hujung minggu, boleh jugak pergi menikmati keindahan bandar Sibu yang memang indah lah. Paling ketara adalah awan Sibu. Memang lebih cantik daripada awan di Kuala Lumpur. Mungkin jugak sebab kat KL susah nak nampak awan sebab banyak sangat bangunan tinggi, kat Sibu ni paling tinggi pun Sanyan Plaza jelah. ;-)




Aktiviti lainnya adalah melakukan aktiviti menggedik. Aktiviti menggedik contohnye macam ber'manicure' dan ber'pedicure' ataupun bermassage di Siam Thai Spa. Memang aktiviti menggedik pon sebab takde keperluan pon nak buat semua tu. Tapi menggedik jugak nak buat. Hehe







Apa pun, berweekend di Sibu sekali sekala taklah membosankan sangat. Terutamanya bila anda akan membosankan orang lain bila anda berada di tempat yang tak sepatutnya. :-)



Renung-renungkan dan selamat beramal.




by,
Aimi Az yang sedang berblogging sambil diurut...

Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday | Life is UNFAIR


by,
Aimi Az yang dah biasa menghadapi situasi-situasi sebegini...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, January 18, 2012

Berperasaan Bosan (Again!)

Kenapa ada perkataan again tu? Sebab  dulu ada satu entri yang bertajuk sama & berperasaan sama. Itu adalah entri tahun 2009. So, I guess maybe saya memang akan berperasaan bosan once in a while.


Macam mana perasaan bosan tu?


Perasaan bosan tu adalah perasaan di mana apa yang dilakukan pun terasa bosan dan malas.


Bila buat kerja pun BOSAN.


Bila tengok Facebook pun BOSAN.


Bila pergi site pun BOSAN.


Bila bersembang dan berpoya-poya pun BOSAN.


So, apa yang nak buat kalau semuanya BOSAN?


Tolonglah Encik Bosan, lari jauh-jauh dari diri saya. Saya dah bosan berperasaan bosan.


Mungkin dah tiba masanya untuk bertukar environment. Or, mungkin dah tiba masanya untuk berjumpa dengan orang yang di luar kebiasaan. 



by,
Aimi A.Z yang rasa bosan yang amat-amat sangat, talak tipu punya woo~

Thursday, January 05, 2012

Kerana Kejujuran....

...hari saya menjadi sangat bagus.


Saya jujur hari ni. Dalam menilai diri saya dan prestasi kerja saya sepanjang saya kerja di sini. Dalam menilai siapa diri saya pada pandangan bos dengan cara-cara bos melayan saya selama ini.


Dan hasilnya, saya dapat tahu rupanya pandangan bos terhadap diri saya adalah lebih tinggi daripada pandangan saya terhadap diri sendiri.


*bangga*


Saya tak kisah apa end resultnya. Samada ada bonus ke, tak ada bonus ke, bonus berapa bulan ke, naik gaji, tak naik gaji ke, yang penting saya tau nilai saya pada pandangan bos.


Walaupun selama ni bos selalu marah saya, dan selalu buat saya berperasaan macam nak lari dari sini, tapi rupanya, bos sayang saya. *muntah*


Saya akan berusaha lebih kuat mulai sekarang dan saya akan cuba menjadi lebih tabah bila bos menguji kesabaran saya!


For the first time; "Thank you bos. You made my day" =)



by,
Aimi A.Z yang berperasaan sangaaaaaaaat bagus...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin