Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday | Vacation Jom


by,
Aimi A.Z yang sebenarnya tengah test application baru mengedit gambar. Best, kan?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 28, 2012

Route to Professional Engineer Status

Susah sangat nak cari info tentang macam mana caranya untuk menjadi professional engineer (PE). Ada yang kata macam tu, ada yang kata macam ni. So, lama-lama aku pening and dah confius. Jadi, untuk menghilangkan keconfiusan yang ada, dan dengan information yang dikumpul sedikit sebanyak, maka aku pon bertekad untuk menelefon IEM sendiri. Kes berani mati lah ni pergi telefen IEM sendiri. Hak hak. Jadi, setelah menelefon IEM and bertanya itu ini akhirnya saya dah dapat jawapan yang saya cari dan saya rasa gembira untuk berkongsi dengan kawan-kawan engineer ku sekalian. *baik kan saya?*



Inilah rupa Aimi yang baik hati tu *wink*


Mula-mula korang kena ada minimum tahun yang diperlukan. Tadi, bila saya katakan bahawa saya adalah civil engineer, maka saya hanya memerlukan 12 bulan design experience dan 12 bulan site experience yang disupervise oleh PE. Maksudnya, kalau saya dah ada 3 tahun design experience and 1 tahun site experience, tapi tak ada PE yang supervise kerja saya, maka pengalaman saya tu tak dikira. Get it?


Jadi, bila dah cukup syarat minimum tu, korang bolehlah start mengisi Borang IEM/P1 (1). Borang ni adalah borang untuk menjadi / perpindahan kepada ahli korporat. Borang ni korang boleh dapat dekat website IEM. Pastu korang isi borang tu, dapatkan maklumat apa yang patut and cop apa yang patut, then korang bolehlah submit kepada IEM.


Dah submit borang tu, IEM akan ambil masa untuk proses borang tu, and dalam masa 3 bulan diorang akan bagitau samada korang layak or tak layak jadi corporate member. and if korang dah layak, barulah pergi ke next step iaitu professional interviewlah, prepare reportlah, hantar drawing lah and sebagainya. Tapi bab ni saya tak berapa nak faham lagi. Apa yang penting sekarang adalah mencukupkan minimum tahun dan hantar borang IEM/P1 (1).


Maka, itulah ilmu yang saya ingin kongsikan hari ni iaitu cara-cara untuk menjadi jurutera profesional dan mendapatkan IR. dan segala maklumat ini adalah benar jika sumber saya (yakni orang IEM) tu memberitahu perkara yang benar. Kalau dia tipu, maknanya saya tipu. Tapi, korang lah pulak pergi call dia, lagi senang. =) and, jangan lupa, korang mestilah dah daftar dengan BEM setelah korang graduate and korang mesti ingat yang segala pengalaman dikira dari tarikh korang graduate


Jadi, jom ramai-ramai kita menjadi jurutera profesional yang berjaya. 



by,
Aimi Az yang tau perjalanan untuk jadi Ir. Aimi adalah sangaaaaaaat jauh lagi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 24, 2012

A Trip To SMK | Part 2

Lebih daripada setahun lamanya pergi vacation, baru nak sambung entri pasal vacation itu sendiri? Aiyok! Ini macam punya orang pon ada kaaa? Itu pon sebab nak pergi vacation lain and tetiba teringat kenangan semasa vacation sebelumnya. Memang lah better late than never but this is wayyyyyyyyy too long lah. Anyway, terima jelah sedanya ye kawan-kawan, sahabat handai, sepupu sepapat, saudara maraku dan pembaca-pembacaku sekalian. Sesungguhnya saya ni manusia yang memang kekurangan. Hehe


Pulau-pulau ni adalah terletak di Sabah. Kalau nak senang, korang amik direct flight ke Tawau sebab jetinya adalah berdekatan dengan Tawau. Dekat tak dekat lah, adalah sejam perjalanan. If korang amik flight ke KK, nanti korang kena amik flight lain ke Tawau pulak. Kan dah susah tu. Ok, untuk penginapan, selalunya orang akan tinggal kat Pulau Mabul. Kat Pulau Mabul banyak chalet-chalet atas air and banyak backpackers punya pakej. Time nilah nak merasa duduk kat atas laut. Bila malam, terasa bergoyang dengan ombak, bila terasa nak mandi boleh terus terjun kat depan chalet. Haih, mana nak dapat pengalaman macam tu weh? and inilah rupanya chalet kitorang tu; 



Pulau Sipadan. adalah Pulau yang terjaga. Terjaga maksudnya tak boleh masuk sesuka hati. Kena ada permit untuk masuk ke sana. And untuk permit pulak, selalunya korang boleh terus amik dari chalet supaya diorang boleh arrangekan permit korang tu. and selalunya snorkeling pakej termasuk pass dan makan adalah RM440. And yes, ini adalah harga masuk ke Pulau Sipadan sahaja per person per entry. Memang mahal tapi memang berbaloi sebab memang sangaaaaaaaaaat cantik. Oh, saya sudah rindu sama itu pulau. And harga tu harga tahun 2011 lah, harga 2012 saya kurang pastilah pulak. =)



The next one adalah Pulau Kapalai. Underwater Kapalai adalah biasa, tapi pemandangan dia adalah cantik. Antara air laut yang terbiru yang pernah saya tengok. So, dekat sini tak buat apa pon kecuali menikmati pemandangan ciptahaan Tuhan.



Jadi, itulah jelah cerita percutian saya di ketiga-tiga pulau ni. Kalau cerita dari dulu mungkin banyak lagi yang boleh diceritakan. Tapi, dah cerita setelah setahun berlalu, mestilah banyak cerita yang tertinggal. Anyway, saya memang ingin nak pergi lagi ke sana. Kalau ada sesiapa mahu mengajak, jomlah. Saya ON je. Ngehngeh




by,
Aimi A.Z yang masih berhutang cerita vacation ke Bangkok. Banyaknyeeeeeeee hutang Aimi oi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 23, 2012

Great Way to End 2011

Singapore was awesome!


Banyak tempat menarik, skyscraper city, Bandar yang bersih. Budaya masyarakat yang berdisplin. and many moreeeeeee....



Pergi ke Singapore sebagai vacation family. Every year mesti pergi vacation bersama-sama seramai 8 orang, tak lebih dan tak kurang. Bilalah agaknya nak pergi bersembilan, bersepuluh, berpuluh-puluh ye? Hehe~ Anyway, main activities di Singapore selain daripada melawat tempat orang adalah bershopping dan bermain-main di Universal Studio Singapore.



Apa yang menarik di USS? Paling best of course lah Transformers: The Ride. Pergh! Yang ni awesome gilerr kot. Masa ni kunonnye kita masuk dalam badan Autobot and melawan Decepticon.Bayangkan jelah, one sec kita tengah berlawan, and one sec lagi kita bertransform menjaddi kereta yang berkelajuan 100km/h. Sangat teruja dan best. Serious wooooo~ and ada satu part tu kita terjatuh dari tempat yang tinggi, then sampai saat kita nak terhempas ke tanah, tiba-tiba BumbleBee datang menyelamatkan. Haih lah. Saya mau naik sekali lagi. =)



Lagi aktiviti menarik adalah naik roller coaster. Ada outdoor and indoor. Outdoor ada 2 types. Warna merah and biru. and being me yang memang suka benda-benda macam ni, of course lah tak melepaskan peluang untuk naik kedua-dua type. and memang syiok lah. Yang kaki tergantung (not sure yang merah or biru) adalah lebih horror dari yang satu lagi. Terhenti kot jantung saya sekejap. Huhu. Tapi, memang awesome lah!

Ingatkan bila dah naik outdoor punya roller coaster, setakat naik indoor punya roller coaster, no hal lah. Rupanya memang silap. Pengalaman first time naik roller coaster yang gelap gulita and pengalaman pertama naik roller coaster yang brek mengejut dan reverse. Yup, you get it right. Roller coaster tu reverse. Ish3x. Tak pernah dibuat orang, but then it's a new experience for me. =) 



Singapore sangat bersih sebab banyak tong-tong sampah dan tempat recycle yang colourful dan unique. dan tak ada siapa yang berani makan dan minum di merata-rata tempat terutama di LRT. Owh, dan sistem LRT dan MRT yang sangan canggih dan Malaysia patut belajar dari Singapore tentang sistem itu. Foreigner macam I ni pon cepat je faham dengan sistem dorang. Eh, ke I yang bijak sangat? *ehem*



Kesimpulannya, Singapore adalah awesome dan saya ingin pergi ke sana lagi. Ada sesiapa nak ajak saya? =) Owh, kalau ada kerja yang menarik kat sana pon mungkin saya boleh pertimbangkan. *senyumlebarlebar*



by,
Aimi A.Z yang memang sangat liat nak update pasal vacation sendiri tapi end up menyesal bila diri sendiri pon dah terlupa tentang vacation yang sangaaaaat menarik. Apalah!

Bila

Bila kita berada di atas,
dan kita sombong pada yang di bawah.
Kita dikatakan tak mesra alam.


Bila kita berada di atas,
dan kita beramah mesra dengan mereka yang di bawah.
Kita akan dipijak kepala.


Dengan mentaliti sebegitu,
Bilakah kita akan maju?


Renung-renungkan.



by,
Aimi A.Z yang malas nak layan orang-orang yang menyakitkan hati sebegitu...

Tuesday, February 21, 2012

Nasihat untuk Bakal Engineer

Actually, serba salah nak tulis tajuk di atas. Satu, sebab terasa macam dah tua sangat untuk memberi nasihat padahal, baru nak masuk 5 tahun bergelar engineer. Sebab kedua, sebenarnya nak tulis tajuk: Surat daripada Peminat tapi macam poyolaaaaaaaaah pulak. Hehe~

So, what's up dengan Surat daripada Peminat? Actually bukan peminat pon tapi biasalah being Aimi yang suka-perasan-tak-kena-tempaat, macam nilah jadinya. There's a girl yang emel saya bertanyakan nasihat tentang bagaimana untuk menjadi engineer, Bertanya cabaran sebagai seorang engineer dan macam mana saya berdepan dengan masalah-masalah sebagai seorang engineer. Dia bertanya semua ni berdasarkan entri saya setahun yang lepas on: Cabaran Seorang Jurutera. So, here are my reply:

Fresh grad memang susah. Bukan fresh grad engineer je yang susah, fresh grad apa-apa pun susah. Masa tulah semorang nak pandang rendah kat kita sebab diorang anggap kita budak baru yang tak tau apa-apa. Time tu jugak yang kita akan senang ditipu sebab kita akan percaya apa je yang orang ajar. Tapi, jangan risau. Ada sebab kita jadi engineer, sebab kita ni bijak. So, kita perlu cepat belajar. Belajar banyak2 dengan cepat. Jangan harapkan pada satu source aje. Cari dalam buku, cari dalam internet, tanya orang, tanya senior, tanya bos. Jangan percaya bulat2 apa yg orang cakap tapi try proofkan dengan teori2 yang pernah kita belajar. Dengan cara ni jugak kita dapat asah skill engineering kita and kukuhkan foundation knowledge kita yang akan kita bawak sampai mati. 
Untuk orang2 yang pandang rendah kat kita tu, kita biarkan aje. Kita tak payah buktikan kat dorang pon yang kita ni hebat. Kita buktikan je pada diri kita sendiri yang kita ni hebat and lama2 diorang sendiri akan tau kehebatan kita. Percayalah. 
My advise. Untuk fresh grad, masuk design consultant dulu. Exposekan diri dengan design. Dengan software. Belajar banyak2. And apply design knowledge dari universiti. After three years, dah tere design, masuk contractor plak. Kat situ cabarannya lagi besar.

Kalau kat consultant; kerja dalam ofis. Otak penat dan stress. Gaji ciput. Mengadap komputer 24jam. 
Kalau kat contractor; kerja kat site. Otak penat tapi stress kurang. Gaji banyak. Mengadap ragam manusia sekeliling. 
Dua2 ada pro and cons. 2-2 ada ilmu yang kita perlukan. Jangan pandang rendah pada salah satunya sebab 2-2 yang akan menjadikan kita engineer yang berjaya. So macam tadi. My suggestion masuk consultant 3 tahun then cuba contractor untuk satu projek then decide what do you like the most. 
Jangan risau sangat dengan task yang dikasi. Sesusah mana pon insyaAllah kita akan cari jalan untuk buat. Cuma jangan sombong. Belajar dari semorang tak kira pangkat. Semorang ada ilmu untuk dikongsi cuma kita kena pilih ilmu mana yang boleh digunapakai, and yang mana tak boleh. 
Kesimpulannya, belajar cepat. Jangan sombong. Sentiasa bertanya. Cari teori untuk kukuhkan setiap jawapan. And banyak banyaaaaaaaaaaak bersabar. InsyaAllah. Mesti boleh! =)

So, itulah nasihat ahkaaaaaaak sebagai seorang senior engineer. Itu cumalah pandangan dan pendapat daripada ahkak yang tak berapa nak bijak ni. Lain orang, lain pendapat dan nasihatnya. Jadi, pilihlah dengan bijak! =)

And, btw. Entri setahun lepas tu bagus jugak lah ye? Menarik minat ramai manusia di luar sana. Orang-orang yang mencari engineer lelaki untuk dijadikan bakal suami pon tersangkut kat blog ni melalui entri tu. Sape makan cili dia terasa pedas. Ehem! Anda tau kan siapa anda. And mereka yang lain yang mengalami situasi yang sama pon tersangkut kat blog ini. =)

Pesanan terakhir dari ahkak, kalau ada soalan lagi tanya jelah. Email kat aimi_az@yahoo.com. Ahkak memang suka balas surat peminat macam ni. *malu*


by,
Aimi A.Z yang baru dapat satu emel dah kecoh ada peminat. Hahaha~

Mari Mengenyangkan Diri di Pagi Hari

Basically semua orang tau yang breakfast adalah sangat penting dalam memulakan hari. Ok, kalau tak tau, mesti korang pernah dengar / baca perumpamaan ni;

Breakfast like a king, lunch like a queen, dinner like a pauper.

Tak pernah dengar jugak? Grrrrr. Oklah. Terima jelah apa yang aku cakap ni; Breakfast sangat penting. Kasi energy and meningkatkan metabolisma. Get it? So, what to eat during breakfast? Apa makanan yang berat tetapi sihat? Takkan hari-hari nak makan sandwich je kan? Lama-lama bila makan tu dah tak terasa feel lah pulak. =)

So, apa yang aku buat adalah masak. Nak buat macam mana kan? Kalau dekat KL tu boleh lah aku bertukar-tukar breakfast Subway lah, Kopitiam lah, McD lah (eh, yang ni tak bagus) or pergilah beli / cari kat kedai. But then, its Sibu. So, cara yang paling senang adalah memasak. Jadi, inilah yang saya masak untuk sarapan pagi berkhasiat saya;




Let me tell u guys a little secret. Saya sebenarnya tengah belajar cara-cara untuk makan secara sihat. Saya sebenarnya masih belum pasti adakah makanan-makanan di atas ini adalah makanan yang bagus dimakan di pagi hari. Or is it sepatutnya dimakan masa dinner sebab makanan ni berprotein tinggi. Kiranya saya masih sedang bereksperimen and mencari menu terbaik untuk diri sendiri di samping sedang belajar apa yang bagus dan apa yang tak bagus. Tapi yang pastinya, lebih baguslah dari makan nasi lemak dan roti canai di pagi hari. Kan, kan? =)

Jadi, yang baik jadikan panduan, yang kurang baik jadikan sempadan.

Let's live a healthy life!


by,
Aimi A.Z yang sudah memulakan hari dengan senaman dan sarapan berkhasiat...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday | Melawat Orang Sakit



by,
Aimi A.Z yang suka watermark sendiri. I love my phone.... =)



Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 13, 2012

Weekend Gateway: Bintulu

Kalau hari tu dan hari-hari kebiasaan aku berhujung minggu di Sibu, kali ni aku berhujung minggu di Bintulu pulak.

Kali ketiga ke Bintulu tapi baru kali pertama bermalam di sana. Selalu pergi memang rushing gila sebab day trip and mau sampai ke Sibu sebelum malam, but kali ni barulah ada masa untuk bersantai-santai dan menikmati keindahan Bintulu.







Bintulu memang boleh dikategorikan sebagai tempat yang cantik sebab locationnya di tepi pantai. So, dah namanya tepi pantai for surelah pemandangan cantik. Ditambah pula dengan cuaca yang bagus dan kamera yang awesome (ehem!) lagilah gambar menjadi cantik-menarik-kau-memang-da-boom.






Bintulu compared to Sibu memang banyak perbezaannya. Terutamanya dari segi makanan. Memang lebih banyak choice dan rasanya pun much much better compared to Sibu. Tapi, tempat jatuh lagi dikenang. Bersyukurlah dengan apa yang ada kat Sibu, ada lagi few months untuk menetap di Sibu ni. =)

So, kepada korang yang rasa nak pergi melawat Bintulu sebab tengok gambar aku yang memang menarik ni, make sure korang combine percutian korang dengan tempat lain seperti Sibu ke Miri ke, sebab kalau lama-lama kat Bintulu je pon bosan jugak. Hahahaha~


by,
Aimi A.Z yang tengah plan trip ke Miri/Brunei untuk Gawai pulak...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 09, 2012

Saya TAKKAN Pergi ke Wedding Lagi

Kenapa?

Sebab melihatkan mereka bergaya dengan "handbag" baru mereka, menjadikan saya jealous.









Jealous kerana mereka berusia setua saya tetapi sudah mencapai achievement sebegitu. Jealous kerana mereka juga adalah engineer seperti saya tetapi mereka mempunyai kelebihan daripada saya.


Macam mana mau compete ini macam? Aiyok!


Saya tau ramai yang tak sabar tunggu saya ada "handbag" terutamanya Puan Rusni, tapi sabarlah ye? That time will come. Tunggu jelah, and sabar. Macam yang kita semua tau, sebesar-besar rancangan kita untuk diri kita sendiri, besar lagi rancangan Allah untuk kita. 


Lagipon, saya tunggu kakak saya lepas dulu. Supaya tak payah melangkah bendul. *wink* So, kakak oi, tak faham-faham lagi ke? =)



Nota kaki: Tajuk entri ni adalah tipu semata-mata. Takkan lah aku taknak pergi wedding dah lepas ni. =)




by,
Aimi Az yang teringat-ingat kata-kata "mereka" di wedding hari tu...



Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 08, 2012

The New Sibu Airport



Sibu Airport yang sudah mula menonjolkan kecantikannya. Secantik awan di Sibu. =) Maknanya, tak lama lagi saya dah boleh meninggalkan Sibu. Tapi, mau ke mana pula ye? 


Kita tunggu dan lihat.


by,
Aimi A.Z yang senang buat watermark sekarang semenjak dua menjak ni. *ngehngeh*


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin