Thursday, March 08, 2012

Situasi

Pernah tak korang mengalami situasi macam ni;


Korang tak mencari pon. Tiba-tiba benda tu ada kat depan mata. Tapi, korang taknak pon. Tapi, korang tengok apa yang "orang tu" cari match dengan apa yang korang ada. Every details sama. Korang pon terfikir, "Tak ada salahnya mencuba". Jadi, korang pon mencuba walaupun pada awalnya korang tak mencari pon. 


Itulah situasi aku sekarang. Jadi, tunggulah kesinambungan cerita ni dalam masa 14 hari. *wink* Kalau tak ada kesinambungan dalam masa 14 hari maknanya tak dapat lah tu. Haha~



by,
Aimi A.Z yang mungkin bakal bertukar warganegara sekiranya semuanya berjalan dengan lancar. =)

Wednesday, March 07, 2012

Pembaziran

Dari kecik lagi kita dah diajar supaya jangan membazir. Tak kiralah dari segi duit ke, dari segi masa ke or even dari segi makanan. Lagipon, pembaziran tu kan amalan syaitan.


Tapi, bila pembaziran tu berlaku di depan mata, rasa sakit hati tu meluap-luap. Rasa nak marah, rasa nak mengamuk, and rasa nak mogok. Nak marah sebab pembaziran berlaku bila tak sepatutnya berlaku. Rasa nak mengamuk sebab sepatutnya benda yang dibazirkan tu boleh dimakan lagi. and rasa nak mogok daripada membeli makanan-makanan yang baru sebab makanan yang ada dah dibazirkan.


Haih~


Nak kata tak tau nilai duit tu, kau sendiri pon memang dah mengalami zaman-zaman kesusahan dan kekurangan duit. Even kalau kau memang ada duit pon, pembaziran tu tak patut berlaku. Entahlah, mungkin aku sorang je kot yang sayang duit, kau rasa kau banyak sangat duit sampai boleh membazir sesuka hari sebab dengan mentaliti "Alaaah, kalau habis belilah lain"


*mengeluh lagi*


Aku dah penat dah cakaap. Tapi aku lagi penat rasa sakit hati bila makanan terbazir begitu saja. Tolonglah weh sayang kat makanan and jangan jadi kawan syaitan kerana mengamalkan amalan pembaziran. Dan tolonglah ingat kat mereka yang kelaparan dan sanggup makan apa saja untuk meneruskan hidup.




Kepada mak ayah sekalian, ajarlah anak korang supaya tak membazir dari sekarang supaya bila anak-anak korang dah besar, tak payahlah orang lain pulak nak mengambil alih tugas korang untuk mengajar anak korang supaya tak membazir.


PS: Maaflah kalau ayat saya terasa kasar untuk mereka-mereka yang terasa. Siapa suruh buat saya bengang di pagi hari.


by,
Aimi A.Z yang dah penat menjadi "bad guy" yang asyik "sound" orang tapi kalau tak "sound" sendiri yang sakit hati...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin