Monday, May 21, 2012

Up and Down

Dua benda yang membuatkan aku down dalam masa dua hari and aku tak tau macam mana nak meng"up" kan balik semangat dan keyakinan diri sendiri.

  1. Interview
  2. Seperti yang aku beritahu dalam post yang terdahulu, aku pergi interview. Satu company yang agak besar and bukan berada di Malaysia saje. Aku dah menyiapkan diri mentally but I forgot to prepare myself technically. Maksudnya aku akan failed kalau dia tanya aku soalan technical sebab aku memang tak prepare langsung.

    Turns out; memang dia tanya aku soalan technical aje. dan memang aku failed. Aku ada lah cakap kat dia yang ilmu engineering ni tak perlu semua nak ingat, sebab kita akan boleh selalu refer kat BS and buku, tapi dia cakap ada benda basic yang memang kita kena ingat. and dahlah ada written test selama 45 minit yang memerlukan aku melukis gambar bending moment and shear force bagai. Adoi~ Memang mencabar.

    Aku down sebab selama ni aku tak pernah rasa aku seteruk tu. and selama ni aku rasa ilmu teori aku dan ilmu design aku agak ok. Mungkin banyak yang dah terlupa tapi tak bermaksud aku tak tau and doesn't mean that I can't refresh semua tu. Ataupun mungkin betul yang aku ni sangat teruk dan tiba-tiba aku trauma untuk cari kerja baru. and tiba-tiba terasa level of confidence sangat rendah and aku sendiri pon tak tau macam mana nak mengembalikan level of confidence tu ke tahap yang sepatutnya. Haih~


  3. Kenduri Kahwin
  4. Banyak kali dah berperasaan macam-macam selepas ke wedding, and wedding kali ni adalah tak terkecuali. Masa dulu di tahun 2010 tiba-tiba rasa mau berpasangan lepas pergi wedding sebab masa tu aku pergi ke wedding berseorangan, and di awal tahun 2012 hari tu aku dah bertekad TAKNAK pergi wedding sebab kawan-kawan datang ke wedding dengan "handbag" mereka. Jadi, kali ni pon kesnya agak sama, tentang berperasaan keseorangan dan berperasaan ke"jeles"an.

    Maybe it's really the time to stop pergi wedding kawan-kawan ataupun buat perangai pergi wedding untuk makan, then balik. Tahap kekecilan hati aku kali ni adalah sampai ke tahap taknak bergambar dengan pengantin. Padahal, aku terbang dari Sibu adalah semata-mata nak pergi kenduri kahwin dia. Adoi, susahnya lah bila berperasaan macam-macam ni. So, camne? Lepas ni dah jangan tanya aku kenapa aku taknak pergi wedding orang dah. Lagipon, dah tak ramai pon dah nak kahwin, sebab kebanyakannya dah kawen. Kan? =)

Jadi, entahlah. Semoga perasaan ni adalah perasaan jangka pendek dan tak terbawa-bawa ke masa panjang. Kerana adalah sangat bosan meneruskan perasaan down lama-lama. Penat weh!


by,
Aimi Zubir yang tiba-tiba terasa diri dah tua sebab senang sangat berperasaan macam-macam...

Friday, May 18, 2012

Interviewer & Interviewee

Aku pergi meeting di Putrajaya. Datang orang dari HQ aku untuk join meeting tu yang mana aku sendiri pon tak tau dia dari company yang sama dengan aku just because I never met him before. Ok, long story short, dah berborak-borak then dia cakap macam ni;


Him: Makin sihat nampak duduk Sibu.
*pelik sebab setahu aku, aku tak pernah jumpa dia, dia tak pernah jumpa aku*

Me: Ye ke? Bukan memang macam ni ke? *sambil sengih macam kerang busuk*
*menjawab dengan ramah but a bit confused*

Him: You remembered rite that I interviewed you?
*oh, mati!*

Me: Saya ingat 4 orang interview saya. Remembered 3 of them (because 2 of them are VPs) but can not remembered the other one.

Him: Ha, saya lah tu.


Alamak! Perasaan malu teramat, just because aku sangat poyo masa interview tu dan boleh pulak aku sebagai Si Interviewee tak kenal Si Interviewer. Sepatutnya Si Interviewer yang melupakan Si Interviewee since ramai sangat yang dia interview.

Kesimpulan yang saya mampu fikirkan; Mungkin saya kasi a very good first impression sehinggakan dia mengingati saya walaupun sudah hampir 2 tahun peristiwa tu berlaku and am very proud of myself kalau kesimpulan saya adalah tepat. Tapi tetap merasa malu dengan diri sendiri sebab tak mengingati Si Interviewer.

Kepada Si Interviewer, saya mintak maaf sebab tak ingat anda, tapi apa pon saya harap anda ingat saya atas sebab yang bagus. and harap-harap anda dah lupakan kepoyoan saya semasa menginterview seperti; "Saya harap saya akan dapat jumpa jodoh saya jika saya dihantar kerja di site" Hahahahaha~ Alah, tu semua ayat-ayat untuk kasi keadaan tak tension je sebab as you can see saya memang sangat nervous semasa interview. Jadi, lupakan semua tu, sebab saya sebenarnya tak poyo pon. *wink*

Jadi, adakah membawa maksud apa-apa bila saya berjumpa Si Interviewer sehari sebelum saya pergi interview di syarikat lain? and yes! Hari ni saya ada interview and please, please wish me luck! I really need it. *senyum paling manis untuk korang*


by,
Aimi Zubir yang tengah Google how to answer "Tell Me About Yourself" Interview Question...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin