Monday, August 27, 2012

Raya 2012


Raya 2012. Agak meriah dan best sehingga tiada masa untuk mengupdate blog.


Sehingga masa itu sampai, enjoy the rest of your raya.


XOXO,
A.

Tuesday, August 14, 2012

Mimpi

Korang percaya tak pada mimpi?


Aku selalu rasa mimpi tu adalah mainan tidur. Selalu tak ambil port and tak cuba memikirkan sangat apa yang dimimpi. Kalau jalan cerita menarik dan kelakar dan melibatkan orang sekeliling, aku akan cerita dekat orang sebab rasa macam best. Tak lebih dari tu.


Tapi semalam.


Aku dapat mimpi lain macam. Mimpi yang menyebabkan aku terjaga dari tidur pukul 4 pagi. Mimpi yang menyebabkan aku celik-celik mata terus mengGoogle apa tafsirannya. Mimpi yang menyebabkan bulu roma berdiri tegak.


Bila dah Google, lagi tinggi bulu roma aku berdiri tegak. Lagi bulat mata aku terbukak. Lagi cepat dan pantas aku ke bilik air dan mengambil wudhuk.


Subahanallah.


Betul ke apa yang aku mimpi? Betul ke apa yang aku baca tentang tafsirannya? Kalau semuanya betul, maka aku adalah antara orang yang bertuah. Amat bertuah. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan aku.


Kerana mimpi itu jugak, sesuatu yang lain terjadi. Sesuatu yang menunjukkan betapa besarnya Allah dan betapa kecilnya aku. Sesuatu yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Sesuatu yang menyebabkan aku insaf seketika. Sesuatu yang aku tak pasti adakah ianya cuma perasaan aku ataupun ia adalah petunjuk dari Sang Pencipta.


Haih~


Yang pastinya, mainan tidur atau tidak, aku tetap bersyukur diberi pengalaman sebegitu.



by,
Aimi Zubir yang bukan taknak berkongsi, tapi tak tau macam mana penerimaan orang terhadap mimpi dan tafsiran tersebut...

Monday, August 13, 2012

Di Mana Hilangnya Mood Raya?

Menjelangnya hari raya.


Selalunya mesti berperasaan excited. Tambah-tambah bila dah nak dekat-dekat nak raya. Sibuk lah fikir persiapan raya, baju raya, duit raya, kuih raya and macam-macam lagilah. Lepas tu mesti berperasaan gembira bila mendengar lagu raya berkumandang di radio.


Kali ni tak rasa pon.


Tak sampai seminggu nak raya. Tak terasa pon. Terasa macam biasa je. Dengar lagu raya kat radio pon rasa macam nak tutup radio. Nak kira duit raya nak bagi kat orang pon malas. Nak beli baju raya pon macam takde feel. Baju kurung raya pon kalau tak ada orang belikan dan hantar kat tailor alamatnya memang pakai baju lama je lah.


Apa nak jadi ni Aimi?


Nak kata sebab berada di perantauan, macamlah tahun lepas tak berada kat perantauan. Tapi, perasaan tahun lepas tak macam ni pon. 


Haih~


Gambar semasa bulan puasa tahun lepas




by,
Aimi Zubir yang berharap mood yang hilang akan kembali sekembalinya aku ke kampung halaman...

Friday, August 10, 2012

Aurat

One fine day, a friend came to me and said;


"Aimi, you ada baca tak dekat Facebook sekarang yang diorang kata inner tu haram?"


...and I said that I already knew about that sebab inner tu ketat dan mengikut bentuk badan. Dan dengan muka peliknya dia berkata;


"Tapi, kenapa you pakai jugak? Bukan you selalu mengikut hukum ke?"


*terdiam*




Ada beberapa isunya di sini. First, mengenai pengharaman inner. Inner adalah contohnya membungkus aurat. Di mana aurat ditutup tetapi bentuknya masih kelihatan. Absolutely bukan menutup aurat dengan sempurna dan of course bila tak sempurna adalah haram. Seperti memakai baju ketat, kan ke haram? 


Isu kedua. Mengenai kenapa aku masih memakainya walaupun aku tahu bahawa ianya haram? Sebab aku tengah cuba memperbaiki diri aku. Perubahan itukan memerlukan masa dan perlukan step-by-step. I know it's not an excuse, but at least I'm trying. Mungkin perubahan aku tu sedikit perlahan, jadi doakan supaya suatu hari aku akan berubah menutup aurat dengan sempurna.




Isu ketiga. Mengenai aku yang selalu mengikut hukum. Aku pun manusia biasa macam si Bertanya. Masih panjang perjalanan hidup aku dan masih banyak yang perlu aku belajar. Iman aku masih senipis kulit bawang yang bila-bila masa boleh terkupas. Aku cuba sedaya upaya untuk mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, cuba untuk melaksanakan apa yang wajib tetapi itu tak bermakna aku lebih baik daripada si Bertanya. Sebab at the end, status kita adalah sama iaitu: HAMBA ALLAH.


Jadi, sama-samalah kita berusaha melengkapkan diri menjadi sebaik-baik hamba dan sama-samalah kita berdoa semoga diberi petunjuk dan hidayah untuk berada di landasan yang betul. 



by,
Aimi Zubir yang selalu ditegur oleh adik-adik sendiri bila keluar rumah dengan memakai baju lengan pendek...

Thursday, August 09, 2012

Bila Rasa Hidup Tak Ada Kemajuan

Hari ini sepatutnya lebih baik daripada semalam.


Sepatutnya. Tapi, bila difikir-fikir dan bermuhasabah diri, terasa diri ini sebenarnya tak lebih baik pon dari semalam. Mungkin pandangan orang sekeliling dan pandangan diri kita sendiri adalah berbeza. Tapi hanya kitalah yang kenal dengan diri sendiri dan mungkin menjadi orang yang paling layak untuk menjudge diri sendiri.


Haih~


Perasaan macam ni datang sekali-sekala. Tapi dengan kedatangan yang sekali-sekala tu jugak yang menyebabkan hati menjadi kurang tenang. Menyebabkan otak penat berfikir di mana salah dan silapnya. Dan juga menyebabkan diri ini menjadi down. Tambahan pula bila mengetahui punca kegagalan hari ini kurang baik daripada semalam adalah diri sendiri. Kalaulah boleh menyalahkan orang lain di atas kegagalan sendiri kan senang? Dengan lantangnya boleh berkata, "Bukan salah aku aku jadi macam ni. Dia tu yang salah." Kalaulah sesenang tu, tak kan lah aku akan merasa seteruk yang aku rasa sekarang. Kalaulah sesenang tu, boleh aku terus bersemuka dengan si pesalah dan bertanya, "Kenapa kau buat aku macam ni?"


Life is not that easy.


Untuk berubah, perlukan masa. Perlukan dorongan. Perlukan penerimaan. Perlukan peluang. Di mana nak cari semua tu aku pun tak tau. Yang aku tau, the first thing yang perlu diubah adalah attitude. Sebab aku tau, penyumbang terbesar kepada permasalahan ini adalah attitude. Dan sekiranya attitude masih tidak berubah, maka selama-lamanya hari ini akan sama dengan semalam.


Fikir-fikirkan lah.


by,
Aimi Zubir yang rasa ramai orang akan pening dan confius dan ada jugak yang akan tertanya-tanya mengenai entri ini...


Tuesday, August 07, 2012

It's been a long time


Paintball

Wall Climbing


Lamanya rasa dah tak melakukan aktiviti sebegini. Takpe, bukan lama dah pon nak duduk di Sibu, paling lama pun mungkin sampai hujung tahun which is only a few months to go. Nanti dah kembali ke kampung halaman, banyak benda yang dah lama tak buat boleh buat balik. Tapi nanti lain pulak kekangan dan alasannya seperti:

  1. Duit
  2. Kenapa duit? Kerana bila saya bekerja di kampung halaman, gaji saya akan berkurangan. Maka mestilah saya harus berkira dan menapis segala aktiviti yang akan dilakukan. Maka harus mengkategorikan yang mana keperluan dan yang mana adalah nafsu semata-mata.

  3. Kawan-kawan
  4. Kawan-kawan kan semakin berkurangan sekarang? Semua sudah ada komitmen sendiri dan sudah tak ada masa nak buat aktiviti-aktiviti sebegini. Jadi, haruslah mencari kawan-kawan yang baru yang sudi. *macam sedih tak ayat?*

  5. Masa
  6. Balik kerja pukul berapa? Harus menempuh jammed lagi. Kalau weekend pulak, nak kena bahagikan masa untuk banyak perkara dan kena bahagikan masa untuk banyak orang. Jadi? Masa adalah limited.

Tapi, itulah. Kalau taknak tu, macam-macam alasannya, kan? Kalau nak tu, mestilah boleh diusahakan. Tapi, alasan-alasan tu bukanlah digunapakai untuk dua aktiviti ni je. Semua aktiviti lain pon adalah berkonsepkan sama. Eh, tapi sebenarnya masih tak tau apakah nasib saya selepas ini. Masih di bawah company yang sama, ataupun sudah bertukar company kah, atau masih merantau. Jadi, kita tunggu dan lihat, sebab saya sendiri pon tak tau apa nasib saya. =)


by,
Aimi Zubir yang tak sabar nak tau apa nasib diri sendiri selepas ini...

Wednesday, August 01, 2012

Tips ke Korea

It's been more than two weeks three months after my Korea trip, and still haven't blog about it. Biasalah, being Aimi-yang-sangat-busy menyebabkan tak sempat untuk memblog walaupon I love to blog. *typical me* Jadi, dengan rasa merendah diri saya akan memberikan tips untuk ke Korea in case korang semua mahu menjejakkan kaki ke Korea. dan entri ini sangat panjang memandangkan saya terus berkongsi cerita saya di sana. 2-in-1 lah senang, kan? Hehe~


Apa yang penting semasa travelling adalah costaccommodation, makan, transportation, dan where to go. Itu adalah main important things untuk travelling ke mana-mana pon. Semua itu perlu clear sebelum memulakan upacara melancong. and for tempat-tempat yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara, extra preparations need to be done. Jadi, jom mulakan!
  1. Cost
  2. Total cost aku adalah kurang daripada RM2500. Itu adalah termasuk flight tiketaccommodation, makan, shopping and segala entrance fees. Saya rasa harga itu adalah murah untuk ke Korea. So, saya sangat berpuas hati dengan trip saya ini dengan budget trip tapi sangat menggembirakan. 

  3. Accommodation
  4. Selalunya, travelers seperti saya yakni mereka yang mempunyai limited budget ataupon digelar backpackers, akan tidur di Guest House. Di Korea, Guest House ni macam dorm lah, so harga dia agak murah kalau nak compare dengan hotel. Di Korea, saya duduk di J-Guesthouse. Banyak lagi guest house yang lain seperti Seoul Guesthouse dan lain-lain jadi korang kenalah pilih yang bersesuaian mengikut budget dan mengikut tempat yang korang nak. Jadi, silalah mengGoogle dan mencari, ye?



    Inilah rupanya tempat kami tidur selama 5 malam. Semua bilik dilengkapi dengan tilam dan selimut, washing machine, tempat masak, peti ais, washing machine (without dryer), tv dan juga sinki. Tapi tak semua bilik ada tv so if you are that lucky (like me) korang akan dapatlah tv. Oh, dan lantai itu adalah bukan lantai biasa, sebab itu lantai termasuk dengan heater. Sangat cool dan saya sangat jakun. Maklumlah, tak pernah pergi negara yang ada banyak-banyak musim macam ni. Hehe~ Ha, dan of course lah ada Wi-Fi, kalau tak macam mana lah saya nak bercommunicate dengan orang tersayang yang jauh di Malaysia dan macam mana jugaklah saya nak mengepos gambar di Facebook mahupon Instagram. Aiceh!


  5. Makan
  6. This is the hard part. Yang susahnya sebab kita pergi ke negara bukan Islam, jadi tak boleh nak makan sesuka hati. Lagipon, sebagai bangsa Melayu yang tegar, maka mestilah mahu perkena nasi jugak kan. So, here's the tip. Bawaklah makanan dalam tin dari Malaysia. Sekarang ni dah banyak jenama seperti Yeo's dan Adabi, jadi boleh pilih je mana yang berkenan. But, despite all those food, mestilah teringin mau makan makanan Korea, kan? Jadi, pergi Itaewon. Itaeewon is the place in Korea where you can find halal food. Tapi, harga memang mahal, tapi what to do? Kata dah teringin~



    Ni salah satu contoh meal kitorang. Rendang ayam dalam tin yang rasanya memang semacam rendang ayam buatan sendiri and Serunding Ayam. dan nasi itu adalah nasi yang dibeli dari 7 Eleven di Korea. Yups, nasi beli kat 7 eleven (di Korea) je, tapi kena make sure tempat tu ada microwave sebab kena masukkan bekas tu selama 60 second di dalam microwave and ta-da, anda dapat menikmati nasi yang panas dan sedap. So, tak payahlah susah-susah nak bawak beras or nasi dari Malaysia. And untuk panaskan makanan dalam tin, boleh guna microwave atau menggunapakai dapur yang dia kasi. And persoalannya di sini, perlukah anda membawa periuk dari Malaysia?



    Kalau nak bawak periuk dari Malaysia, suka hati lah tapi kan lagi senang kalau boleh pinjam periuk dari tempat tinggal. Macam apa yang kitorang buat, kitorang bawak sabun Taharah ni siap-siap dari Malaysia and pinjam periuk kat Guesthouse and mulakan operasi mensamak periuk dan pinggan dan cawan. Samak menyamak adalah lebih senang daripada mengangkut periuk belanga? *wink* Korang boleh search tentang sabun ni dan kebolehan sabun ni untuk menyamak dan macam mana caranya untuk menyamak di Google. Tak pon tanya je si penjual sabun.=)



    Seperti yang aku dah cakap kat atas tadi, Itaewon adalah tempat di mana banyak restoran halal dan juga di mana tempatnya boleh mencari barang basah halal seperti daging, ayam dan sebagainya. So, untuk melepaskan keinginan terhadap makanan Korea, kami pon makanlah di Murree Korea Muslim Food di Itaewon. Rasa makanan kat situ adalah sesuai dengan citarasa lidah aku ni, which is quite good. Tapi harganya pon memang sangat expensive. Aku rasa seorang makan dalam RM50 - RM60. Tapi, takpelah. Kalau tak makan, tak merasa pulak, kan?



    Ha, dekat Itaewon kitorang ada beli ayam halal untuk dimasak dengan perencah Ayam Madu Berahim dan dimakan bersama nasi yang dibeli di 7 Eleven. Yummeh!



    Ini adalah Tteokbokki. Makan kat restoran Korea yang betul-betul. Yang jadi berani nak makan tu sebab restoran ni takde serve any kind of daging. Tapi, masalahnya aku dah lupa apa nama kedai ni and kat mana tempatnya. Tapi, aku rasa mungkin kat Insadong kot. Tapi sedap jugak. Jadi, korang silalah Google ye, saya tak dapat nak bantu. Hehe~


  7. Transportation & Where to go?
  8. Ini korang kena plan and tau betul-betul. Kat mana nak sightseeing, kat mana nak shopping. and macam mana nak pergi ke sana. Terutamanya untuk backpackers yang berdikari macam kitorang. If korang naik teksi or kereta sewa, korang still kena plan your trip tapi tak payahlah sampai nak menghafal exit mana or what-so-ever. Dan bab ni adalah sangat panjang dan sangat malas sebenarnya mau mengarang tapi saya akan cuba sedaya-upaya saya untuk menjadikannya menarik. Eh, eh. Salah ayat. Saya akan sedaya upaya menjadikan cerita saya semenarik pengalaman saya di sana. Fighting!



    Seperti Singapura, if you ever been there, pengangkutan utama adalah subway. Maka, kalau korang adalah backpackers yang akan menggunakan bas dan subway sebagai pengangkutan utama, jadi silalah membeli tiket siap-siap. Senang!



    Hari pertama kira dah burn sebab sampai malam then terus je berehat. So, hari kedua inilah aktiviti kitorang, iaitu pergi ke Nami Island. Nami Island adalah sangat cantik dan oleh kerana kitorang pergi masa spring yang bersuhu average dalam 15 - 18 degree celcius maka sangat best untuk berjalan. Tak berapa panas, malahan sejuk lagi. Nami Island ni tempat diorang buat pengambaran Winter Sonata maka banyaklah patung dan gambar Winter Sonata. Nanti korang boleh ambil map and dia ada tunjuk kat mana diorang punya first kiss, kat mana adengan kejar mengejarnya dan banyak lagi lah. Aktiviti adalah sightseeing dan tangkap gambar and sekodeng orang. Kebetulan kitorang pergi adalah time Sabtu so nampak ramai lah mereka yang berdating di sini. Aww~ Transportation kitorang ke sini adalah menaiki bas. Tapi bas kena book siap-siap, kalau tak pon korang boleh naik train tapi dengarnya agak melecehkan. Perjalanan naik bas ambil masa dalam sejam lebih jugak.



    Hari ketiga adalah melawat istana; Gyeongbokgung Palace. Apa yang ada di sini? Melawat dan melihat senibina istana lama Korea di samping melihat-lihat tradisi bangsawan-bangsawan di Korea suatu masa dulu. Senibina kat sini kalau diamati dan dihalusi akan nampak lah patung-patung yang berbentuk binatang yang kelakar seperti tengah menjelir lidah dan sebagainya. Kalau mereka yang amat detail dan meminati sejarah or ada orang yang sudi terangkan, tempat ini adalah menarik.Butif takde orang yang menerangkan korang akan rasa "Apasal aku pergi tempat ni?" Haha, as for me, tak adalah rasa bosan sangat sebab ada Kak Ipah yang sudi ceritakan tentang sejarah and apa yang menariknya di sini. Thanks Kak Ipah! =)



    Namsan Tower. Macam KL Tower lah agaknya. Ni kitorang pergi masa malam. Ingat nak naik sampai atas, tapi sesampainya kitorang kat sana, kaunter baru tutup. Maka, sempat berjalan-jalan di sekitar dan di sekeliling tower je. Ha, and dekat sini ada Locks of Love. Di mana couples kunonnya akan "mengunci" cinta mereka di sini. Memang sepanjang-panjang perimeter kawasan tu adalah penuh dengan locks and ayat-ayat cinta mereka. So, kalau pergi dengan couple, mungkin korang rasa bestlah nak beromantik-romatik di situ. Ahakz! Btw, Buat kali ketiganya di Korea, kitorang jumpa dengan satu family dari Malaysia ni. 3 kali jumpa kat Korea, apalah hikmah di sebaliknya kan? Dah jumpa tiga kali, takkan tak amik gambar kan? Ha, itulah untuk mendescribe gambar kanan-atas tu.



    Alamak. Dah lost count dah ini hari ke berapa dan bila. Hehe~ Ini adalah 63 Building. Ini adalah Building yang tertinggi di Korea, jadi dapat melihat seluruh Korea di atas Sky Deck nya. Kesimpulan daripada melihat keseluruhan Korea, Korea adalah sangat crowded. Sangat! Tak taulah macam mana nak hidup di Korea. Di 63 building ni ada jugak Wax Museum, tapi kitorang tak pergi sebab rasa macam bosan je. and ada Sea World. Yang ni haruslah pergi kan sebab kitorang kan menyayangi binatang. Ehem!



    Banpo Bridge. Konsepnya senang. Air keluar dari bridge dengan lampu-lampu sambil bergoyang dan menari mengikut lagu yang dimainkan. So, macam kagum. Haha. Senang je nak kagumkan Aimi ni, kan? Hahahaha~ Ada time nya, so if mau tengok harus cek time siap-siap. =)


    Untuk melawat, banyak lagi kawasan such as Gwanghwamun Square, Prince Sultan Islamic Mosque, Coffee Prince Coffee shop. Itu yang kitorang pergi, but banyak lagi yang tak sempat pergi. Untuk shopping pulak, Dongdaemun, Namdaemun, dan Insadong. So korang kena rajin search and carik dekat mana nak beli barang kosmetik, kat mana baju yang lagi murah or apa-apalah. Supaya bila korang pergi ke sesuatu tempat tu, korang tau apa yang patut korang beli kat sana.


    *exhausted bercerita*


  9. Must have application
    Smartphones memang sangat berguna untuk traveling overseas. Sebab boleh guna apps pon iye jugak, tapi penting jugak untuk korang connect to kampung halaman. Terutamanya untuk negara maju macam Korea, yang mempunyai Wi-Fi di merata-rata tempat, so korang boleh connects with loves one dan post gambar kat Instagram, Twitter, and Facebook secara LIVE. So, back to the applications, ada tiga yang sangat penting; Jihachul, Learn Korean Lite, Visit Korea.


    Jihachul: penting untuk route subway korang. Tak payah susah-susah pegang map sebab korang boleh refer dalam phone canggih korang je. Download je and bila nak guna tak memerlukan Wi-Fi. Sangat berguna untuk aku masa di sana.

    Learn Korean Lite: Dictionary and simple conversation. Yang bestnya ada suara. So, kalau korang nak cakap ngan orang Korea tapi korang malas nak cakap, then korang tekan Play kat ayat yang korang nak cakap, and pasang volume kuat-kuat. Hahahaha. Tapi, bila Korean tu balas, korang dah tak tau apa yang dia cakap. Habis! Ni pon tak memerlukan Wi-Fi untuk menggunapakai.

    Visit Korea: Ni boleh download dari sekarang supaya korang tau mana nak pergi. Kajilah Korea melalui apps ni. Tapi ni memang nak kena ada Wi-Fi untuk guna, so tak boleh lah nak guna semasa korang tengah nak cari tempat untuk dituju masa di Korea.


Jadi, kesimpulannya. Korea adalah best untuk sightseeing and shopping (especially barang-barang cosmetic, in my case) tapi adalah sangat penat jika pergi sebagai backpackers kerana perlu berjalan jauh dan naik-turun tanga. And yes, memang sangat banyaaaaaaaaaaak tangga. Bukan naik tangga je yang penat, sampai satu tahap turun tangga pon dah mengah. Just because di sana diorang memang mengajar rakyatnya menaiki tangga dengan tidak memprovide escalator, and elevator hanya untuk orang tua dan OKU. Jadi, sila fit kan diri dulu sebelum pergi Korea. =)

Hasil borongan


..dan kalau korang peminat cerita Korea, maka sangatlah best untuk korang pergi ke tempat-tempat yang ada dalam tv. Contohnya, Coffee Price, tempat Winter Sonata and lain-lain. Aku sebagai bukan peminat Korean Drama and K-Pop bagai pon merasakan kegembiraan dan keexcitedan nya, apatah pulak korang, kan? dan pergilah KBS untung-untung boleh jumpa retis. Muehehehe~


Kitorang lah retis tu rupanya 


Tengok, semua nak bergambar dengan si retis. =)


Jadi, kalau lepas ni nak pergi Korea (lagi!) aku nak pergi Pulau Jeju yang mana tak sempat pergi hari tu sebab Pulau Jeju adalah jauh dan teringin nak pergi Lotte World which is the largest indoor theme park yang tak sempat pergi hari tu sebab dah penat sangat. Tapi, aku nak pergi melawat ke tempat lain dulu such as Europe or USA (mampu ke?) sebelum aku revisit Korea. *wink*


So, cepat plan your trip to Korea!






by,
Aimi Zubir yang lega berjaya menyiapkan entri ini selepas berhutang banyak entri mengenai vacation...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin