Wednesday, October 31, 2012

Perbincangan Mengenai Situasi Hati dan Perasaan

Sebelum bermula, ingin saya tegaskan 2 perkara yakni:

  1. Ini BUKAN situasi sebenar tetapi situasi yang diubah untuk menggambarkan situasi sebenar
  2. Ini BUKAN situasi diri saya sendiri tetapi diri orang lain.

Watak 1 | Adam
Berjumpa dengan Adam selepas putus cinta dengan first love. Rasa suka bertukar menjadi sayang dan akhirnya bertukar menjadi cinta. Sudah berangan-angan mahu menamatkan zaman bujang dan meneruskan kehidupan sehingga ke akhir hayat bersama Adam. Adam tak menjanjikan kehidupan yang mewah tetapi cukuplah makan pakai sehari-hari. 

Hari demi hari berlalu, rasa cinta terhadap Adam kian menebal. Sehinggalah pada suatu hari sesuatu perkara berlaku. Adam membuat suatu keputusan yang mengakibatkan hati terasa kecil. Walaupun rasa sayang masih menebal tetapi hati perempuan yang merajuk manakan boleh dipujuk sesenang-wenangnya.


Watak 2 | Johan
Sedang hati merajuk diakibatkan perbuatan Adam, Johan datang menghulurkan salam perkenalan. Johan datang memberi satu harapan yang telah lama dinantikan. Johan menjanjikan kehidupan yang lebih mewah jika dibandingkan dengan kehidupan bersama Adam. Johan menjanjikan satu hidup yang baru dengan environment yang baru yang lebih adventure. Salam perkenalan disambut mesra walaupun perasaan sayang dan cinta masih menebal terhadap Adam. 

Perasaan sayang terhadap Johan mula dipupuk. Perasaan cinta terhadap Adam cuba dilupakan. Tetapi, semakin lama cuba melupakan Adam semakin itulah perasaan cinta itu bertambah-tambah. Hari demi hari air mata tumpah mengenangkan Adam. Tetapi hati yang merajuk masih belum dapat dipujuk


* * * * * * * *


Suatu hari, Adam datang memujuk dan menjanjikan perubahan. Adam berjanji akan berubah demi memujuk Si Jantung Hati untuk bersamanya. Adam masih sayangkan perhubungan itu dan tidak mahukan perkara sekecil itu merosakkan perhubungan yang dibina sekian lama. Tetapi, Adam sebenarnya sudah agak terlambat memandangkan salam perkenalan daripada Johan telah disambut dan telah memberikan harapan kepada Johan. Dan sekarang hati masih berbelah bahagi siapa yang patut dipilih.


Perlukah memilih;
  1. Adam yang merupakan cinta hati tetapi telah melakukan sesuatu yang mengecilkan hati dan mengakibatkan hati merajuk. ATAU
  2. Johan yang sedia menerima diri seadanya dan menjanjikan kehidupan yang baru dan lebih baik.


Jadi, tolonglah saya membincangkan persoalan ini supaya otak dapat berfikir dengan lebih waras dan hati menjadi semakin tenang.


Thank you in advance!


by,
Aimi Zubir yang tahu mesti ramai orang akan tertanya-tanya siapakah watak yang dimaksudkan. Hanya mereka yang berkenaan je akan tahu maksud di sebalik cerita ini...

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday | Reasons to be Fit




by
Aimi Zubir yang ada banyak lagi reasons to be fit...

Thursday, October 11, 2012

Misi Mandi-Manda di Kuching

Minggu selepas berwhite water rafting di KKB, iaitu minggu lepas, adalah minggu di mana aku dan kawan-kawan sekerja (ayat skema gila) pergi mandi manda di Kuching. Plan asalnya adalah nak pergi kawasan-kawasan yang berdekatan Sibu je seperti Julau or Belawai untuk mandi manda tapi tiba-tiba pulak plannya dah sampai ke Kuching. Actually macam berkira-kira mahu ke sebelah Bintulu / Miri or ke Kuching but at the end we decided to go to Kuching. 


Day 1| Perjalanan dimulakan pada hari Jumaat petang. Itinerary asal nya adalah seperti di bawah ni. Just a short trip yang akan balik ke Sibu pada hari Ahad. Tapi lastnya, hari Ahad masih bersukaria di Kuching dan berangkat balik ke Sibu pada Subuh pagi Isnin.

Itinerary asal


Day 2 | Bermulalah aktiviti bermandi manda. Seperti perancangan, awal-awal pagi akan bertolak ke Ranchan Recreational Park a.k.a Taman Rekreasi Ranchan di Serian. Yakni lebih kurang 52 km away from Kota Samarahan. Taklah besar mana rupanya. Tapi, cukuplah untuk proses bermandi manda dan menangkap gambar. 

Gambar sebelum memulakan aktiviti


Sebenarnya aku nak melopat dari atas batu, tapi takde geng ah.


Oh?


Sebab ada seorang colleague yang ada camera best, maka banyak gila gambar best. Lagipon, modelnya kan best. Hakhak~ 


Malam, sebelum memulakan aktiviti makan-makan, haruslah pergi berjalan-jalan dulu kat Kuching Waterfront. Takde kerja lain, hanya menjadi model. Aku menjadi director cum model. Tulah gambar best-best *tepuk bahu sendiri*. Gambar cuba try tengok kat Facebook aku. Malas nak share kat blog ni, banyak sangat. Hee~

Eh, eh. Comel kan yang depan sekali tu? *sila muntah*


Photographer meroyan tak dapan masuk dalam gambar. Sori Encik Photographer. Hehe~


Day 3 | Kalau mengikut perancangan aktiviti di hari ini adalah mandi manda di Santubong Falls. Btw, pencarian waterfalls adalah melalui website waterfallsofmalaysia.com. Menarik jugak web tu, siap bitau GPS coordinate and kesusahan mau pergi ke waterfalls yang korang pilih tu. So, untuk hari ni kunonnya Santubong Falls lah yang terpilih oleh kitorang. So, awal-awal pagi dah meneruskan misi ke Santubong. Bayaran masuk dalam lebih kurang RM8 seorang, tapi entah apalah kemudahan yang diberikan sehingga melayakkan pembayaran sebanyak tu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya, nilah aku nak cerita ni.

Haruslah bergambar dulu di pintu masuk...

...dan di mana-mana ternampak signboard yang boleh dijadikan bukti


Masa sesi pendaftaran / pembayaran tu, penjaga kawasan tu inform, "Ikut trail biru ye untuk pergi waterfall besar. 15 minit je perjalanan ke situ. JANGAn ikut trail merah, trail merah pergi naik Gunong Santubong and pergi waterfall kecik." So, dah dapat pesanan macam tu, mestilah kitorang dok ikut trail biru je. Dah cakap 15 minit je, sekejap je tu kan? Oklah dengan kitorang yang tak berpakaian untuk masuk ke hutan and berjunggle trekking. 15 minit berlalu, tak dengar bunyi waterfall langsung. Masing-masing kepenatan sebab tak mentally and physically prepared untuk berjunggle trekking. Kawan-kawan yang lain siap pakai selipar jepun and aku dengan bag yang macam nak pergi pasar, dengan tuala kat atas bahunya. Masing-masing tak tau ke mana arah tujuan, redha and ikut je laluan biru. Sampai satu tempat, nampak air terjun kecik and ada sepasang couple tengah mandi. Pelik jugak. Takkan ni je? Mulut tu berat je nak tanya. Kaki tu berjalan lagi sampai at one point semua dah penat berjalan and decided to stop makan sambil berfikir.

Tudung senget-senget pon sibuk nak "Peace" jugak


Setelah berfikir secara tenang dan waras, kitorang berpendapat bahawa mungkin air terjun yang kitorang jumpa tadi adalah main air terjun dan oleh kerana kitorang dah terlepas, maka kitorang decided untuk teruskan perjalanan dan keluar ikut the other end yang mana kitorang pon tatau boleh tembus ke tak. Tapi, redha jelah daripada berpatah balik melalui jalan yang susah tu. 

Tak sengaja tetibe berjunggle trekking


Setelah hampir 2 jam, misi mencari air terjun yang gagal, dapat jugak kitorang keluar dari hutan ke jalan besar. Hajat di hati nak mandi air terjun, rupanya dapat mandi air peluh je. Hee~ Dah keluar hutan, terjumpa dengan couple yang kitorang jumpa tengah mandi tu di cakap rupanya kena ikut trail merah, baru leh jumpa air terjun best. Ceh! Hampeh nya penjaga tempat, dah lah bayar mahal, salah info pulak. Btw, it was a good experience, cumanya sebab mind set lain, tapi lain jadinya tu yang frust tu. Oh, and lagipun takde air sebab air sungai tengah kering kalau tak kitorang memang akan lalu sepanjang sungai semasa berjunggle trekking. Tapi, bukan ke patutnya penjaga tempat tu bagitau info-info sebegitu? Adoi!

Tengoklah gaya kitorang berjunggle trekking


Tapi, hikmahnya tak jumpa waterfall di Santubong adalah kitorang pergi ke Matang Waterfall yang best gila nak mampos. Baca sekali lagi. Best giler nak mampos. Yelah, sebab niat asal kan pergi Kuching naik mandi manda, setakat mandi peluh tak yah lah pergi jejauh. Haha~ So, we've decided to give Matang Family Park a try. Asalkan dapat mandi, and tak payah jalan jauh, semorang pon ok. So hasilnya; walah! Memang terbaiklah. Dahlah tengah hujan, air sangat deras maka sangat best walaupon sedikit menakutkan. 

Terbaik weh!


Best kan gambar kitorang ni? =)


Day 4 | Perjalanan pulang ke Sibu. Ingatkan hidup akan aman damai sehingga ke Sibu. Tetapi, ternyata silap tekaan aku. Boleh pulak terserempak dengan Bos di R&R. Oh no! Walaupun sama-sama ponteng kerja, tapi sebagai pekerja yang dedikasi, hati manakah akan tenang bila bos anak-beranak makan di sebelah meja? Haih lah. Apalah nasib badan. Muehehehe~



After all, misi mandi-manda di Kuching adalah SUCCESS! Sangat best dan seronok walaupun sangat meletihkan. Dengan gambar yang cantik-menarik-memang-da-boom, memang best ah! So, can't wait for next picnic trip this weekend pulak. Wee~


by,
Aimi Zubir yang tiap-tiap minggu masuk air sejak dari Pulau Redang. Ni pon dah start ting tong dah. Eerk!

Wednesday, October 10, 2012

White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu

Memandangkan aktiviti setiap minggu adalah padat semenjak dari Pulau Redang, maka perlu mengambil masa yang tak berapa nak banyak untuk mengupdate setiap aktiviti. Walaupun sebenarnya perlu mengikut turutan, tapi takpelah. Kita skip Pulau Redang dulu sebab gambar dari seorang photographer belum diperolehi. Maka, kita mulakan dengan White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu.




White Water Rafting memang sentiasa ada di dalam wish list aku. Teringin sangat nak buat tapi ini baru berkesempatan nak buat. Dan bila dah buat memang best sangat-sangat best and rasa nak buat lagi di tempat-tempat lain pulak. Eh, eh. Tapi kalau korang ajak aku buat kat KKB lagi pon, aku nak. Jom!



Aktiviti dimulakan dengan briefing oleh mereka yang berpengalaman. Diorang akan brief dari "How to Raft", "Dos and Donts While Raft" sehinggalah ke "What to Do When Emergency". Cara penceritaan mamat tu memang kelakar, tapi sebenarnya apa yang dia bagitau tu semua rupanya kitorang experience sendiri. Mula-mula dengar memang menakutkan (walaupun kelakar), tapi bila dah experience sendiri memang syok and nak lagi. Boleh tak nak lagi? Hahahaha~



Semua orang akan diberi rafting gears sendiri consist of Paddle, Helmet, and Life Jacket. Setiap raft boleh muatkan 4-6 orang tak termasuk guide. Hari tu, sebab kitorang terpilih raft yang kecik maka, kitorang naik raft berlima plus 2 orang guide, sorang depan, sorang belakang. Maka kesemua di atas raft adalah 7 orang. And memandangkan raft yang dinaiki adalah raft kecik, maka kebarangkalian untuk terbalik adalah lebih tinggi dibandingkan dengan orang-orang yang naik raft yang lebih besar. 


Pengalaman aku berwater rafting, sekali semorang terkeluar daripada raft. Sekali raft terbalik dan mencampak semorang, sekali 2 orang tercampak dari raft and terpaksa menyelamatkan diorang and sekali sengaja suka-suka terbalikkan diri ke dalam sungai. Wee~


Masa first time tercampak keluar daripada raft tu, memang nervous gilerr. Maklumlah, first time. Tapi dah dipesan, if terjadi apa-apa, jangan menggelabah. Lagipon, kan memang pakai life jacket so apa pun kita akan timbul jugak. Just hold your breath and tunggu masa badan timbul di atas permukaan dalam 4-5 second. Lepas tu, pegang tali dekat bot and tunggu kawan-kawan atas bot untuk tarik kita naik atas bot. And guess what, ingatkan tak larat diorang tarik aku naik atas bot, rupanya aku ni taklah berat mana. Hakhak~


Kali kedia bila raft terbalik adalah paling menakutkan. Sebab masa terbalik tu, aku perasan ada makhluk-makhluk Allah berada di bawah aku. Kesiannya kat diorang. Haha~ Lepas tu bila timbul di permukaan, permukaan tu gelap sebab rupanya aku berada di bawah raft. Tak tau mana nak pegang, yang aku nampak adalah satu tangan seorang manusia yang tanpa fikir panjang terus aku berpaut kat tangan tu sebelum aku dapat keluar dari bawah raft and mencapai tali yang dicampak dari raft sebelah. Memang menakutkan tapi bila dah selamat naik atas raft balik, syiok weh! Kami mau lagi!


Kali ketiga. Aku elok je berpegang kat raft. Lagipon dah nampak photographer sedang ready kat atas batu. Makanya, siap possing dulu lah. Lepas tu, tetiba aku nampak orang kat depan aku, Kak Jun, tengah "terbang". Gila aku menjerit sekuat hati, "Kak Juuuuuuuuuun!" Tapi, aku tak sempat selamatkan dia sebab dia dah tercampak keluar dari raft. Masa sesi menyelamatkan mangsa yang tercampak tu, aku tak perasan rupanya mamat kat belakang aku pun dah tercampak keluar, and aku pelik bila orang yang diselamatkan bukanlah Kak Jun. Dah sudah, mana Kak Jun ni? Rupanya dia dah ada kat depan raft. Menggelabah jugak lah sebab ingatkan dia kat belakang padahal tengok belakang takde tanda-tanda ada orang pon. Tapi, mujurlah selamat semuanya tanpa ada apa-apa incident yang terjadi.


Nampak tak kaki Kak Jun dah naik ke atas?

Struggling untuk mengekalkan diri di atas raft

Sesi menyelamatkan mangsa-mangsa yang tercampak


Kesimpulannya, adalah event yang sangat best dan menarik dan memang akan diulangi suatu masa nanti sekiranya ada geng dan kesempatan. Oh, and duit of course. *wink*

Sesi berposing di atas batu

Walau apa pon sedang terjadi, kalau nampak kamera perlu senyum!



by,
Aimi Zubir yang berbangga kerana berjaya menghabiskan satu entri, tapi perlu menghabiskan banyak entri yang lain lagi. and punyalah tahap pemalas sampai watermark pon malas nak taruk...

Monday, October 01, 2012

Bila Blog Bersawang

Samada hidup tu bosan sangat, sampai tak ada apa perkembangan dan tak ada apa yang hendak diceritakan, ataupun hidup tu busy sangat sampai tak ada masa nak mengupdate blog. 


In my case, nak kata bosan, tak adalah bosan pon. Banyak benda yang boleh diceritakan. Banyak perkara menarik yang boleh dikongsi. Ada percutian ke Redang dan sesi bermain water rafting yang best gileeeer tapi... entahlah.



Mungkin lebih kepada malas. Mungkin jugak sebab ramai sangat pembaca senyap sekarang ni, maka kena mengcover penceritaan terutamanya penceritaan mengenai hati dan perasaan. Nanti habis semorang tau yang rupanya dalam hati aku ni ada taman bunga rupanya, kunon je nampak cam ganas. Hahaha~

Serius, bukan aku cuba cipta alasan. Buktinya banyak entri-entri yang telah siap yang aku tak publish. Yang aku biar je bersawang dalam Draft Folder. Padahal, best sebenarnya cerita-cerita yang aku nak cerita tu. *puji diri sendiri* Tapi, tulah. Sape suruh tulis jujur sangat? Cover-cover lah sikit Aimi oi.

Instagram pun dah tak selamat. Baru-baru ni aku dapat tau yang ada orang menggunakan Instagram aku untuk menstalk orang lain. Sebenarnya macam dah tau pun sebab "orang tu" selalu kantoi like gambar-gambar aku padahal tak Follow aku pon. Kantoi sebab aku dapat notification yang dia like gambar aku, tapi bila aku bukak Instagram tak ada pon nama "orang tu" like gambar aku. Mungkin tertekan kot. Tapi aku tak kisah sangat bab tu cuma aku taknak dipersalahkan oleh orang yang distalk tu kunonnya aku lah yang sibuk post gambar dia and habis orang tau apa yang dia buat. So, macam menjadikan aku berhati-hati takleh nak post gambar sesuka hati. Haih lah~ Susah jugak.

So, benda-benda kalau dah susah camni yang malas tu. Terpaksa cover-cover dan bila ada idea pon terus terbantut sebab memikirkan banyak benda dan faktor. Memanglah kita hidup dalam komuniti tak boleh fikir diri sendiri je, kena fikir sensitivity orang di sekeliling, tapi bila dah fikir, camnilah jadinya. Biar je blog bersawang. Biar je Instagram penuh dengan muka sendiri.

Kesimpulannya, nantilah saya update pasal Redang and Water Rafting. Hee~


by,
Aimi Zubir yang pantang dapat peluang melalut...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin