Wednesday, December 26, 2012

It's Time to Say Goodbye

Oh, it's always hard to say goodbye! 


Walaupun berkali-kali aku menyatakan kebosanan duduk di Sibu. Walaupun berkali-kali aku rasa give up and nak meninggalkan Sibu. Walaupun pada mulanya aku berusaha keras untuk menerima mereka di sekeliling. Walaupun ada je perkara yang membuat aku sakit hati dan geram sepanjang di Sibu. Walaupun kesabaran aku selalu teruji semasa di Sibu. Walaupun hakikatnya aku memang dah tak sabar-sabar meninggalkan Sibu,


tapi hakikatnya...


...banyak kenangan yang best untuk diingati sepanjang 2 tahun di Sibu. Baik dari segi kerja mahupun dari segi life di Sibu. Walaupun kekadang banyak yang pahit daripada yang manis, tapi bila benda semua dah berlalu, yang pahit tu pon terautomatiknya menjadi kenangan yang manis yang akan diingat sampai ke anak cucu. Aiceh!


Lagipun, kan orang pernah cakap;


"Tempat jatuh lagi dikenang,
inikan pula tempat bermain"



Oh, aku semestinya akan rindukan rumah di Sibu. All the housemates, all the dramas, all the activities, all the guesses and everything about the house




I will definitely miss the site office too. Bermain-main dan berpoya-poya bersama-sama, menghabiskan masa terluang beramai-ramai, makan bersama-sama di setiap kali lunch, mengumpat bos berbakul-bakul, dan bermacam-macam lagilah. Oh, how will I ever forget all that?



Kesimpulannya, banyak sangat kenangan kat Sibu ni. Walaupun aku selalu menyatakan kebosanan duduk di Sibu, tapi aku percaya pengalaman aku di Sibu takkan aku dapat di mana-mana. Walaupun aku berasa gembira untuk berhijrah, tapi aku tak boleh tipu diri sendiri yang aku memang akan rindukan Sibu dan mereka yang pernah bekerja bersama aku di Sibu.



So guys, thank you for this wonderful two years experience. Semoga korang akan ingat saya sampai bila-bila and semoga kita akan berjumpa lagi di lain hari dan masa. Halalkan ilmu-ilmu yang korang kasi, halalkan semua makan minum dan hutang piutang. And maafkan salah silap because I know I can be so annoying sometimes. Lastly, doakan saya bahagia di tempat baru dan semoga korang jugak gembira di tempat baru.



Sayonara!



by,
Aimi Zubir yang sebak jugak bila nak meninggalkan Sibu hari tu...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin