Friday, July 26, 2013

3 Things To Do Before I Turn 30

All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them. 
Walt Disney


  1. Climb Mount Kinabalu
  2. Impian yang dispostponed dari tahun lepas. Tahun lepas; 1) Plan dah buat 2) Tiket dah beli. Tapi kawan yang patutnya pergi mendaki sama-sama, baru start kerja baru dan tak dapat cuti dan tak dapat meneruskan plan yang telah dibuat. Maka, terpaksa menguburkan impian mendaki di tahun lepas dan cuba mendaki di tahun lain. Tapi, hikmahnya mungkin jugak stamina tak cukup untuk sampai ke atas kalau meneruskan plan pendakian di tahun lepas. Maka mari kita mencuba dan berharap yang aku dapat mendaki Mount K sebelum aku berumur 30 tahun.

  3. Go diving
  4. Ini bukan dari setakat tahun lepas, ini memang dah lama dah nak, tapi banyak sangat faktor yang menghalang. Masa awal-awal bekerja dulu mestila faktor duit yang menghalang. Lama-lama faktor masa, faktor companion lah, macam-macam lah. Tapi, tahun depan dah ada plan and dah beli tiket. Harap-harap plan menjadi. Eh, ada tapi lagi. Tapi, kawan yang nak pergi diving bersama tu sakit and tak tau dapat meneruskan niat ke tak. Manusia kan merancang, kita tengok macam mana perancangan Allah pulak. 

  5. Become a Professional Engineer
  6. Ini adalah impian yang paling susah untuk dilaksanakan memandangkan masa adalah sangat singkat tetapi banyak yang perlu dilakukan dan memerlukan kerja keras. Tapi, kejayaan takkan datang bergolek. Maka harus berusaha untuk melaksanakan impian. Chaiyok Aimi. Mula dari sekarang!

Ada yang bertanya, "Kahwin?" Bukankah soal ajal, maut, dan jodoh adalah di tangan Allah? Maka, bila dah sampai masanya, akan aku kahwin jugak. Bab-bab ni susah nak rancang, kita tengok je apa rancangan Allah untuk aku, okay? In the meantime, kita enjoy! and doa, of course.



by,
Aimi Zubir yang reveal 3 je di antara banyak-banyak lagi plan yang nak dibuat. Tak boleh reveal banyak-banyak nanti tak jadi maluuuu~

Sunday, June 16, 2013

Engineer yang Busy

Berperasaan bersalah. Bersalah tak mengupdate blog tu tak berapa ada sangat Amboi! tapi berperasaan bersalah sebab tak menolong adik-adik lepasan SPM yang bertanya itu ini mengenai engineering itu yang lebih rasa bersalah. Alamak!


Macam ni ceritanya. Disebabkan entries aku yang lepas seperti Cabaran Seorang Jurutera, Nasihat untuk Bakal Engineer, dan Route to Professional Engineer Status; banyak queries yang aku dapat mengenai engineer dan engineering. Ada yang via email, ada yang via comments and ada jugak yang via Facebook's message. Yang via Facebook's message yang paling bermasalah sebab aku tak dapat notification message bila orang yang bukan kawan aku kat Facebook mesej aku kat Facebook. Maka, aku tak bacalah mesej daripada adik-adik yang mengharapkan si kakak ini. Sorry adik-adik. =)


Untuk menghilangkan rasa bersalah, maka aku jawab jugak soalan-soalan yang diajukan walaupun mungkin agak terlambat.


Dapat matrikulasi dan UiTM. Patut pilih yang mana?

Ini senang. Kalau dah dapat UiTM, baiklah masuk UiTM terus. Sebab? If masuk matrikulasi, nanti kena struggle and kena depends on result matrikulasi untuk dapatkan tempat di IPT. So, if dah dapat UiTM makanya korang dah selamat di situ. Lainlah halnya kalau korang hanya dapat matriks, makanya pergi jelah matriks.

Tapi korang kena ingat, bukan maknanya matriks tak bagus, cumanya atas sebab di atas lah. Tapi, setiap benda mesti ada baik buruknya. Baiknya matriks adalah, masa belajar korang kurang daripada masa belajar if korang masuk UiTM. Matriks selalunya 1 tahun + 4 tahun ijazah = 5 tahun. Tapi kalau UiTM 3 tahun diploma + 2.5 tahun ijazah = 5.5 tahun. Jadi, fikir lah sebaik mungkin. :D


Susah tak nak apply kerja dalam bidang ni?

Ini susah. Sebab? Ikut rezeki masing-masing. Course apa pon kita ambil, if bukan rezeki kita, bukan jugak. Maka, percaya pada rezeki, if dah ditakdirkan korang jadi engineer, akan jadi jugak suatu hari nanti. In the meantime, study hard and leave your future to Allah.





Makanya, jomlah ramai-ramai kita jadi engineer. Susah nak jadi engineer yang berjaya dan hebat, tapi engineer yang berjaya dan hebat memang menggagumkan. 


by,
Aimi Zubir yang baru perasan dah enam bulan tak update blog. Alamak!

Wednesday, January 16, 2013

Tahun Baru, Lembaran Baru

First of all, Happy New Year. Rasanya agak terlambat sebab dah masuk minggu ketiga di tahun baru tapi apa salahnya, kan? =) Terasa macam lama sangat mengabaikan blog ni tapi rupanya tak sampai sebulan pon.  Banyak sangat nak dicerita and dishare tapi masa dan keadaan tak mengizinkan~


Quick update:
  1. Setiap hari menghabiskan minimum 90 km di atas jalan raya. 45 km sehala ke tempat kerja. Menghabiskan masa meredah jammed setiap hari and memang dah hampir fed up dengan jammed yang menggila.
  2. Berjaya sign up memasuki bootcamp. Untuk yang tak tau apa itu bootcamp, sila refer sini. Selain dari perlu bangun paaaaaaagi giler untuk ke bootcamp, saya takde complaint lain. Taklah susah mana pon. Berlagak!
  3. Gaya hidup yang busy sehingga takde masa sangat nak berehat. Rasa macam penat yang melampau. Dengan kerja dan bootcamp, balik ke rumah adalah untuk tidur. Sabtu dan Ahad adalah hari berpoya-poya sehingga tiada hari untuk berehat. 
  4. Kerja adalah susah. Susah untuk adapt semua benda baru. Susah untuk menjadi berdikari bila mana ilmu masih cetek. Susah untuk belajar prosedur baru bila prosedur yang ada adalah sangat banyak. Segala-galanya susahlah. Harap-harap otak ni dapat pick up dengan cepat seperti zaman dulukala.
  5. Kawan di tempat kerja adalah limited. Kawan yang ada pon masih belum dapat menunjukkan taring sebenar. Saya ni kan pemalu. If you tak tegur I, I pon tak tegurlah you. Hak hak~ 
  6. Dapat satu peluang yang susah nak ditolak. Tapi, kalau tak tolak pun menyusahkan jugak. Camne?


Di sebalik kenyataan-kenyataan di atas, sebenarnya yang tersirat adalah saya rindukan life yang sangat tenang dan mempunyai banyak masa berehat. Ha, tulah dulu sibuk complaint nak balik, nak balik. Siap cakap lebih sanggup jammed daripada menghadapi kebosanan di Sibu. Sekarang, ha redahlah jammed hari-hari. Hambik kau! *nanges* 


Walau apa pun, jammed tetap kena diredah dan hidup yang sibuk ni terpaksa disesuaikan. Takkan baru 2 minggu dah mengalah Aimi oi. Ada lagi 50 minggu je pon di tahun 2013 untuk dihadapi. Maka, hadapilah dengan senyuman. After all, this is all your choice. Anda yang pilih jalan hidup sebegini, maka nasiblah~


Jadi, itu jelah sedikit sebanyak. Dah hampir sampai masa tidur, maka bersambung di hari lain yang entah bila.  Babai~


by,
Aimi Zubir yang memaksa diri untuk mengupdate walaupon banyak lagi benda perlu dibuat...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin