Wednesday, January 16, 2013

Tahun Baru, Lembaran Baru

First of all, Happy New Year. Rasanya agak terlambat sebab dah masuk minggu ketiga di tahun baru tapi apa salahnya, kan? =) Terasa macam lama sangat mengabaikan blog ni tapi rupanya tak sampai sebulan pon.  Banyak sangat nak dicerita and dishare tapi masa dan keadaan tak mengizinkan~


Quick update:
  1. Setiap hari menghabiskan minimum 90 km di atas jalan raya. 45 km sehala ke tempat kerja. Menghabiskan masa meredah jammed setiap hari and memang dah hampir fed up dengan jammed yang menggila.
  2. Berjaya sign up memasuki bootcamp. Untuk yang tak tau apa itu bootcamp, sila refer sini. Selain dari perlu bangun paaaaaaagi giler untuk ke bootcamp, saya takde complaint lain. Taklah susah mana pon. Berlagak!
  3. Gaya hidup yang busy sehingga takde masa sangat nak berehat. Rasa macam penat yang melampau. Dengan kerja dan bootcamp, balik ke rumah adalah untuk tidur. Sabtu dan Ahad adalah hari berpoya-poya sehingga tiada hari untuk berehat. 
  4. Kerja adalah susah. Susah untuk adapt semua benda baru. Susah untuk menjadi berdikari bila mana ilmu masih cetek. Susah untuk belajar prosedur baru bila prosedur yang ada adalah sangat banyak. Segala-galanya susahlah. Harap-harap otak ni dapat pick up dengan cepat seperti zaman dulukala.
  5. Kawan di tempat kerja adalah limited. Kawan yang ada pon masih belum dapat menunjukkan taring sebenar. Saya ni kan pemalu. If you tak tegur I, I pon tak tegurlah you. Hak hak~ 
  6. Dapat satu peluang yang susah nak ditolak. Tapi, kalau tak tolak pun menyusahkan jugak. Camne?


Di sebalik kenyataan-kenyataan di atas, sebenarnya yang tersirat adalah saya rindukan life yang sangat tenang dan mempunyai banyak masa berehat. Ha, tulah dulu sibuk complaint nak balik, nak balik. Siap cakap lebih sanggup jammed daripada menghadapi kebosanan di Sibu. Sekarang, ha redahlah jammed hari-hari. Hambik kau! *nanges* 


Walau apa pun, jammed tetap kena diredah dan hidup yang sibuk ni terpaksa disesuaikan. Takkan baru 2 minggu dah mengalah Aimi oi. Ada lagi 50 minggu je pon di tahun 2013 untuk dihadapi. Maka, hadapilah dengan senyuman. After all, this is all your choice. Anda yang pilih jalan hidup sebegini, maka nasiblah~


Jadi, itu jelah sedikit sebanyak. Dah hampir sampai masa tidur, maka bersambung di hari lain yang entah bila.  Babai~


by,
Aimi Zubir yang memaksa diri untuk mengupdate walaupon banyak lagi benda perlu dibuat...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin