Wednesday, January 07, 2015

Bali: Beachy Getaway

Selama ni, bila dengar Bali terus terbayang bercanda di tepi pantai sambil mandi-manda di dalam laut and repeat the same all over again. Tapi rupanya, bab bercanda di tepi pantai tu betul tapi mandi-manda di dalam laut tu agak salah rupanya. Dan percayalah, walaupun Bali dikelilingi laut tapi ini adalah tempat yang paling aku kurang bermandi laut. Pffft! Rupanya, Bali adalah untuk sightseeing dan menikmati keindahan ciptaan Allah.

So, here's the detail summary on where I went and what I ate at Bali. From Day 1 until the very last minutes. 


Day 1
The first pit stop adalah makan. Lapar weh. Apa yang spesialnya kat sini adalah ayam dimasak dalam pressure cooker sampai tulangnya lembut dan boleh dimakan. Like, seriously?!! Tapi sebab aku memang dah cuba, maka aku pon percaya bahawa tulang ayam tu sangatlah lembutnya dan boleh dimakan.

Ayam Tulang Lunak Malioboro


Uluwatu - kalau korang google, ini antara tempat yang di recommended kalau pergi Bali. Tengok kecak dance sambil tengok sunset. On the kecak dance, aku sebagai orang yang kurang berseni, tak reti sangat menghayati apa yang cuba disampaikan. Aku cuma faham melalui pembacaan, bukan melalui tarian tu sendiri. Tapi, mungkin itu pandangan aku yang bukan anak seni, korang kena try lah sendiri. Aku lebih menghayati sunset yang memang superb lah kat sana. Hee~

Kecak and Fire Dance


Sambil tengok sunset


On the way back to Kuta, singgah dinner at Jinbaran. Inilah tempatnya untuk korang bercandle light dinner bersama si Dia. Tapi, aku dinner bersama si dia dan dia dan dia. Hahaha. Makanan, biasa je cuma environment yang mahal. Tapi jagung adalah sedap!

Dinner at Jinbaran

Eh sedapnya jagung berperisa chili butter and garlic butter


Day 2
Hari kedua adalah hari melawat segala jenis beach yang ada di Bali. Setiap beach yang dilawat mempunyai purpose yang berlainan. dan setiap beach mempunyai kecantikan dan keunikan yang tersendiri. 

Pantai pertama adalah Tanjung Benoa. Di sini adalah tempat untuk membuat watersport. Segala macam jenis watersport ada, seperti jetski, parasailing, banana boat, seawalker, wake board, snorkeling, diving and macam-macam lah. Tapi, aku rasa harganya agak pricey and susah nak cari aktiviti yang kesemua kami setuju. So end up tak buat watersport pon tapi pergi tour ke Pulau Penyu. 


Tanjung Benoa Beach

Di pulau penyu bukan setakat ada penyu tapi ada banyak binatang-binatang lain. Semua binatang boleh dipegang dan ditangkap gambar. Aku haruslah memegang kesemua binatang kecuali kelawar. Pegang ular for the first time, berperasaan geli sebab dia melekit and busuk. Euwwww!



Pantai kedua adalah Nusa Dua. Beach ni macam sangat sesuai untuk wedding. Tetibe membayangkan aku buat beach wedding ala-ala Marion Caunter gituu. Kalau aku buat beach wedding, ada orang nak attend tak kalau cost ditanggung sendiri? Hahahahaha~


Nusa Dua Beach | Suitable for beach wedding


Next kami ke Pandawa Secret Beach. Kunonnya rahsia sebab dia tersorok sikit and baru open to public. Before this, seaweed diternak kat sini but now since it's already open to public, dah tak ada dah penternakan seaweed. Tapi kalau korang mandi kat laut ni, korang akan terasa geli-geli sikit sebab masih ada seaweed yang tertinggal. Sebab kegelian tu lah aku taknak mandi laut, tapi pergi bermain kayak. Yeehaaaa!


Hajat di hati nak main paragliding


Berkayak di Pandawa Secret Beach


Next pit stop adalah Dreamland Beach. Antara banyak-banyak aku paling suka beach ni. Beach ni sebenarnya adalah untuk professional surfers tapi tak ada pulak larangan bermandi manda di situ. Ombak kuat, pantai bersih, memang superb. If korang perlu memilih satu beach untuk mandi manda, sila pilih Dreamland Beach, okay?

Dreamland Beach yang super lawa


Makanan Sunda. One of the recommended halal restaurant in Bali. Memang sedap weh. Kitorang siap tambah sup bontot lagi semangkuk sebab sedap sangat. and esoknya siap nak repeat makan kat sini sebab kesedapan yang melampau. Over, eh? Tapi kesimpulannya, kalau pergi Bali mesti try makan kat sini, okay?

Dinner at Pawon Pasundan


Day 3
Pengorbanan perlu dilakukan untuk melihat dolphin. Sebabnya? Perjalanan daripada Kuta ke Lovina Beach mengambil masa lebih kurang 3 jam memandu kereta. And 1 jam menaiki bot. So memang sangat lama. Bergerak dari hotel pukul 3 pagi, tido beround-round pon masih tak sampai. Pfft! Jalan memang sangat pening dan mengerikan. Lebih baik pejam mata dan tido sehingga sampai ke destinasi. Dah macam tu, dolphin pulak tak selalu akan muncul. Depends on rezeki korang, tapi rezeki kitorang hari tu Alhamdulillah. Dapatlah tengok dolphin bekejar-kejaran di depan mata. Tips untuk menarik dolphin ialah dengan bersiul. Macam mana cara nak bersiul panggil dolphin, silalah cari di You Tube, okay? Hee~


Sempat menikmati sun rise di Lovina Beach

Misi mencari dolphin beramai-ramai


Dah penat tengok dolphin, dan dolphin pon penat tgk kitorang, let's go back to nature by chilling at the waterfall. Namanya Gitgit Twin Waterfall. Sebab waterfall ni ada dua cabang. Boleh mandi tapi hari tu aku tak mandi pon. Selalunya akulah hantu air, tapi entahlah kenapa. Mungkin sebab tak ramai orang and also kat tempat orang so macam tak berapa feel nak mandi. 

Gitgit Twin Waterfall


Bedugul Tasik Beratan. Boleh masuk dalam kuil ni. Tapi apa yang lebih menarik adalah view di sekeliling. Banyak pokok-pokok and plus tempat ni dikelilingi tasik. View memang cantik so banyak masa dihabiskan untuk tangkap gambar and selfieeeeee.

Bedugul Tasik Beratan


Makan di Restaurant Pacung berkonsepkan buffet. Makanannya biasa-biasa je tapi view dia superb. Memang breathtaking. View adalah lebih menarik daripada makanan. 

Lunch at Pacung Restaurant with nice view of rice terraces


Lepas lunch singgah pulak di Subak untuk merasa kopi. Satu pengalaman yang best dapat tengok sendiri macam mana penghasilan kopi luwak. Bagi yang tak tau, luwak tu adalah seekor binatang yang makan biji kopi. Then luwak akan proses biji kopi tu dalam perut dia dan keluarkan melalui berak. Euwwww~ That's why ada pengharaman makan kopi luwak sebab dia daripada najis. Tapi, biji kopi yang luwak hasilkan melalui taik dia tu masih bersarung, then sarung tu dikopek dan biji kopi tu di ambil dan diproses lagi. Ha, faham tak? Aku pon tak faham. Hahahahaha~ Yang penting aku dah tengok dengan mata kepala sendiri and aku rasa kopi luwak adalah sedap. Oops!

Coffee and Tea Tasting at Subak Bali Agro Coffee


Also one of the famous temple at Bali: Tanah Lot. Everybody comes for the view and also untuk shoppinggggg. Barang kat Tanah Lot adalah banyak dan murah. So segala souvenir korang boleh dapatkan kat Tanah Lot. Adalah jauh lebih murah dan best berbanding kat Kuta or Krisna. 

Pura Tanah Lot


Ini satu lagi recommended Bali restaurant with halal food. And sama macam Pawon Pasundan, konsepnya adalah makanan Sunda. Makanan sedap, tempat lawa, harga berpatutan. Plus point, ada surau lagi. =P

Bale Udang

Nice view

Satisfied customer



Day 4
Hari terakhir di Bali. Menghabiskan masa di area Kuta dan di area hotel. Hajat di hati jugak teringin mandi di Kuta Beach ni malangnya, tak boleh. Pfft! Kuta Beach dikhaskan untuk surfers. Siap ada signage dilarang mandi lagi. Biar betul hoi? End up, melompat-lompatan di pantai sebelum bermandi manda di swimming pool.


Bergumbira di Kuta Beach


Mulanya aku pandang rendah kat pool ni, sebab kebesarannya yang tak berapa besar, tapi rupanya, pool ni superb giler. Sebabnya, kedalaman dia 2.5 meter. Best wehh. So apa lagi, tak dapat mandi laut kita mandi pool jelah wehhh.

2.5m deep pool wehhh!


So now, the vacation is over and it is time to back to reality and normal life. Overall, Bali was awesome and beautiful. Sangat lawa! Tapi, sangat tidak sesuai untuk orang tua and budak-budak. Sebab Bali adalah panas dan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain adalah jauh. Tapi, sebelum ke Bali silalah plan itinerary betul-betul supaya tak terlepas tempat yang sepatutnya dilawati. Oh, and makanan halal adalah susah jadi sila google siap-siap sebelum ke Bali, okay?


Time to balik Malaysia

So, where's our next vacation? =)



by
Aimi Zubir
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin